Pasangan nasionalis namakan anak Hitler dipenjara di Britain

Pasangan nasionalis namakan anak Hitler dipenjara di Britain

LONDON: Pasangan suami isteri yang menamakan anak mereka Adolf Hitler disabitkan bersalah semalam kerana menjadi anggota kumpulan nasionalis diharamkan National Action.



Adam Thomas, 22, dan Claudia Patatas, 38, disabitkan bersama Daniel Bogunovic, 27, kerana menjadi anggota pertubuhan itu, selepas mereka berkongsi mesej memuji Hitler
 serta imej berpakaian anggota kumpulan nasionalis kulit putih, Ku Klux Klan (KKK) dan memberi tabik hormat kepada Nazi.

Tiga lagi sudah mengaku bersalah menganggotai National Action, diharamkan kerajaan selepas anggota kumpulan itu memuji pembunuhan pembuat dasar Jo Cox oleh pentaasub Nazi pada 2016.

Selepas National Action diharamkan, ia menjadi pergerakan bawah tanah dan menukar namanya, namun ia tidak hilang.

Anggota terbabit terus percaya dengan pandangan neo-Nazi, kekal berhubung dalam aplikasi mesej sulit dan menganjurkan pertemuan untuk memastikan kumpulan kekal
aktif kata Deb Walsh daripada Perkhidmatan Pendakwaan Diraja.

National Action adalah kumpulan nasionalis pertama diharamkan di Britain selama berdekad. Parti haluan kanan meningkat di kebanyakan Eropah sejak beberapa tahun
lalu namun Britain meminggirkannya.

Mahkamah di Birmingham mendengar Thomas dan Patatas memberi nama tengah bayi mereka ‘Adolf’ untuk melahirkan perasaan kagum terhadap pemimpin Pemerintahan Ketiga Jerman itu.

Polis West Midlands menerbitkan gambar pasangan itu bergambar sambil mendukung bayi dan memegang bendera lambang Nazi. Thomas juga memakai jubah KKK bersama
anak lelakinya dan busur silang.

Ketua polis tempatan, Matt Ward berkata, kumpulan itu mengumpul senjata dan membuat penyelidikan bagaimana membuat bahan letupan.

No comments:

Post a Comment