Masih cinta Julia maafkan Erwin


TIDAK sampai sebulan selepas mengumumkan hubungan mereka berakhir, aktres yang sedang meningkat naik, Julia Farhana Marin memberitahu, dia sudah memaafkan kekasihnya iaitu aktor, Erwin Dawson dan telah kembali bersama.



Jelas Julia, insiden yang berlaku baru-baru ini telah membuka mata mereka berdua dan sama-sama menyedari bahawa mereka saling menyayangi dan memerlukan antara satu sama lain.

Sukar untuk saya kongsikan insiden yang berlaku dan biarlah ia tersimpan rapat di antara kami dan orang yang tahu sahaja.

Bagi saya setiap perhubungan pasti ada pasang surut dan setiap orang layak diberikan peluang kedua kerana tidak ada sesiapa yang sempurna.

Tidak dinafikan selepas insiden itu berlaku, sebulan kami tidak bercakap dan menjauhkan diri antara satu sama lain.

Tapi tidak lama selepas itu, Erwin cari saya semula dan selepas berbincang, kami mahu tinggalkan apa yang terjadi itu, ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.

Tambah Julia, 25, insiden itu juga memberi ruang buat mereka menilai diri masing-masing dan dia dalam masa sama berasa bersyukur perkara itu berlaku.

Kalau nak cakap pasal terluka, memang sentiasa ada rasa terluka. Apa yang boleh saya katakan, saya dalam proses penyembuhan.Tapi dalam masa yang sama saya bersyukur insiden tersebut berlaku.

Ia juga menyedarkan kami bahawa kami perlu bina hubungan yang kuat kerana apabila ada ujan yang datang, kami sentiasa kuat jelasnya.

Malah bagi anak kacukan Melayu-Itali ini, dia berharap Erwin tidak akan mempersia-siakan peluang kedua yang diberikan.

Lelaki kadang-kadang buat sesuatu yang fikir dulu Tapi usaha dia untuk membetulkan keadaan telah melembutkan hati saya. Kalau berlaku lagi, tak tahulah.

Cuma buat masa ini kami tidak ada berbincang mengenai perkahwinan kerana saya ada banyak benda yang perlu disusun untuk tahun hadapan.

Kita buat satu persatu dan kalau dah tiba masanya, kami akan kongsikan akhirinya.

No comments:

Post a Comment