Pasukan Mercedes legenda Hamilton
LONDON: Lewis Hamilton semalam memuji pasukan Mercedes dan menganggapnya sebagai legenda dan menggambarkan kejayaan memenangi kejuaraan Grand Prix Brazil Ahad lalu sebagai saat terbaik dalam lima musim dia mencipta kemenangan.
Kejayaan dramatik itu mengesahkan lima kejuaraan berturut-turut Mercedes dalam kategori pemandu dan pengeluar.
Ia juga kemenangan ke-10 pemandu itu musim ini sekali gus menang 60 peratus mata buat pasukan, ke-72 sepanjang karier dan ke-50 dalam 99 perlumbaan bersama jentera V6 turbo hybrid sejak 2014.
Ia petang yang penuh emosi," katanya. "Dan saya rasa, ia mungkin saat terbaik pernah saya miliki bersama pasukan ini… saya tidak pernah melihat mereka sangat gembira.
Kami sudah bersama sejak lama dulu dan mereka biasanya gembira, tetapi menyimpannya. Jadi saya harap apabila saya balik, mereka akan merasai apa yang saya rasakan. Saya melihatnya dan saya akan ingat saat itu sepanjang hidup saya.
Pemandu Britain berusia 33 tahun itu yang merancang untuk meraikan kemenangan itu bersama pasukan di pangkalan dekat Brackley hari ini, berkata: “Sukar untuk menerangkan apa yang berlaku sejak enam tahun lalu.
Ia perjalanan yang menakjubkan dan ia bukanlah mudah untuk sesiapa saja.
Ia hanya kerja hebat yang saya ingati. Ia memang hebat.”
Ketika berada di garaj selepas kemenangan Ahad lalu, dia memberitahu pasukan: “Ia sesuatu yang paling membanggakan dapat bekerjasama dengan anda semua… melihat anda semua selepas perlumbaan, melihat tenaga yang anda ada kegembiraan itu untuk sepanjang hidup.
Bagaimanapun, ketua pasukan Toto Wolff mengingatkan anak buahnya agar tidak leka dibuai dengan kejayaan dan mencabar Mercedes mencipta rekod kejuaraan keenam musim depan, mengatasi Ferrari.
Tugas kami menjadi lebih sukar setiap tahun. Kami telah mencipta tanda aras dan pencabar kami sudah pasti menjadi lebih bermotivasi dengan kejayaan kami katanya.
No comments:
Post a Comment