Ewart kekal jersi kuning
Ewart kekal jersi kuning
KUALA LUMPUR: Biarpun sekadar menduduki tempat ke-23 pada peringkat keempat Tour
De Singkarak hari ini, ia sudah cukup untuk membolehkan pelumba Sapura Cycling Team (TSC),
Jesse Ewart mempertahankan jersi kuning selaku pendahulu keseluruhan siri jelajah berstatus Asia Tour itu.
Pelumba dari Australia itu muncul pendahulu keseluruhan selepas mencatat
masa 15 jam 51 minit 32 saat (s) dengan perbezaan hanya 2s di depan pelumba
Thailand Continental Cycling Team (TCCT), Ariya Phounsavath (kedua).
Terdahulu, Ewart terpaksa berpuas hati menduduki tempat ke-23 dalam perlumbaan
sejauh 144 kilometer (km) dari Padang ke Agam selepas ketinggalan 1.29s di belakang
pemenang Thanakhan Chaiyasombat dari TCCT yang mencatat masa terpantas 3:52.06s.
Pengurus TSC, Sayuti Zahit menyifatkan kejayaan Ewart mengekalkan jersi kuning
selepas merampasnya daripada pendahulu keseluruhan pada peringkat kedua iaitu
pelumba Ningxia Sports Lottery - Livall Cycling Team, Ukraine, Oleksandr Polivoda,
adalah pencapaian luar biasa.
"Tahniah kepada Jesse Ewart kerana berjaya mempertahankan jersi kuning dan saya
harap dia dapat kekal sebagai pendahulu keseluruhan sehingga peringkat kelapan (terakhir).
"Saya juga gembira dengan kerjasama erat ditunjukkan semua pelumba TSC yang berjaya
mengawal peloton dengan baik dalam perlumbaan hari ini," katanya ketika dihubungi di sini, sebentar tadi.
Perlumbaan diteruskan dengan peringkat kelima esok yang bakal menyaksikan semua
pelumba akan berkayuh dari Kota ke Pasaman sejauh 170.5km.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment