Akhirnya Syed Saddiq 'pandang' Mat Redho
Akhirnya Syed Saddiq 'pandang' Mat Redho
KUALA LUMPUR: Keluhan netizen supaya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memberi
perhatian kepada pencapaian hebat Mohd Redha Rozlan atau Mat Redho akhirnya
mendapat perhatian Menteri Belia dan Sukan itu.
Menerusi kenyataan di laman Twitter miliknya, Syed Saddiq berhasrat mencalonkan
atlet sukan ekstrem berusia 30 tahun itu sebagai penerima Anugerah Khas bagi
Anugerah Perdana Belia Negara 2018.
Katanya, pencalonan itu berdasarkan kejayaan Mat Redho menjuarai Liga
Cabaran Ninja (NCL) 2018 di Perth, Australia, kelmarin selepas menewaskan
juara Amerika Syarikat, Jake Murray dan wakil tuan rumah Cameron D'Silva
yang terpaksa berpuas hati di tempat kedua dan ketiga.
"Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan tahniah kepada
saudara Mat Redho yang dinobat sebagai juara NCL 2018.
"Apabila nama Mat Redho dibawa ke perhatian saya tiga minggu lalu oleh
rakan netizen mengenainya, saya telah meminta KBS (Kementerian Belia dan Sukan)
mengambil maklum untuk membantunya.
"Malah, saya ingin mencalonkan dia sebagai penerima anugerah khas bagi
Anugerah Perdana Belia Negara.
"Tahniah saudara! Anda menjadi inspirasi bagi ramai rakyat Malaysia dan
terima kasih kerana mengharumkan nama Malaysia tercinta," kata Syed Saddiq.
Pada pertandingan itu, Mat Redho yang juga bekas pemenang program
Fear Factor Malaysia menjuarai saingan Grand Final Liga Cabaran Ninja 2018
selepas berjaya melepasi semua halangan dalam tempoh 5 minit 13.09 saat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment