Peluang runtuhkan Tembok Besar China
Peluang runtuhkan Tembok Besar China
KUALA LUMPUR: Skuad badminton remaja negara bersedia
membuat perhitungan dengan juara bertahan, China pada
saingan suku akhir acara berpasukan campuran Kejohanan
Remaja Dunia di Kanada, awal pagi esok.
Semalam, Malaysia memastikan kedudukan sebagai
pemenang Kumpulan B selepas menewaskan Poland 5-0 pada
perlawanan ketiga peringkat kumpulan di Markham.
Bekas juara perseorangan wanita, Goh Jin Wei sekali
lagi digandingkan bersama Yap Roy King dalam beregu
campuran dan pemain berumur 18 tahun itu tidak mengecewakan
apabila dia dan gandingannya menghadiahkan mata pertama
selepas menewaskan Julia Plawecka-Mikolaj Wrzalik 21-6, 21-5.
Pemain negara lain adalah perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong,
perseorangan wanita Eoon Qi Xuan, beregu lelaki Chia Wei Jie-Chua
Yue Chern dan beregu wanita Pearly Tan-Toh Ee Wei.
Mengakui China pasukan pilihan, ketua jurulatih negara, Kwan Yoke Meng
berharap barisannya mampu menewaskan juara 13 kali itu terutama
selepas tewas kepada mereka dalam dua edisi final sebelum ini.
“Selepas tewas dua kali dalam dua tahun lalu, kami menantikan
perlawanan semula namun kami terpaksa berentap lebih awal di suku akhir.
“Bagaimanapun untuk menjadi juara, anda perlu bersedia berdepan
dengan sesiapa juga pada setiap masa.
“Jelas sekali China adalah pilihan tetapi bergantung kepada kami
untuk melakukan perbezaan. Semangat pasukan kami tinggi, kami
tidak takut berdepan mereka,” kata Yoke Meng.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment