Peluang cerah ke Thailand
Peluang cerah ke Thailand
KUALA LUMPUR: Skuad bawah 23 (B-23) tahun negara dilihat berpeluang cerah mara ke
pusingan akhir Kejuaraan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) 2020 yang akan berlangsung di Thailand.
Selepas undian pusingan kelayakan yang berlangsung hari ini, hanya China yang
boleh dianggap menjadi penghalang buat anak buah Datuk Ong Kim Swee itu untuk
mara sekali lagi ke kejohanan terbesar Asia itu.
Bagaimanapun, China yang dijangka membariskan skuad B-19 ketika ini dan Malaysia
juga mengambil pendekatan sama, harus menyaksikan negara Tembok Besar itu
mempunyai kelebihan psikologi selepas berjaya menewaskan Malaysia 2-0 pada
Kejuaraan B-19 AFC, bulan lalu.
Namun, skuad negara juga mempunyai kelebihan untuk membalas dendam kerana akan
menjadi tuan rumah pusingan kelayakan itu yang dijadualkan berlangsung Mac depan
dengan juara akan layak secara automatik ke Thailand.
Turut diundi dalam Kumpulan J itu ialah Laos dan Filipina.
Sebanyak 11 juara dan empat naib juara terbaik setiap kumpulan akan mara ke
saingan yang menawarkan tiga tiket ke Olimpik Tokyo 2020 sebagai wakil AFC.
Sekiranya Thailand yang juga tuan rumah layak secara merit, satu lagi slot
akan dibuka kepada naib juara kelima terbaik.
Pada edisi 2018, Malaysia mencipta kejutan mara ke suku akhir namun
tunduk 1-2 di tangan Korea Selatan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment