Seperti seminggu tak makan Shakilla Khoriri
PELAKON Shakilla Khoriri, 29, memberitahu perubahan tubuh badannya yang kelihatan gempal gara-gara nafsu pemakanan ketika hamil.
Malah akui Killa susuk tubuhnya yang kelihatan lebih berisi itu tiada bezanya sebelum hamil.
Tengok tengok betul-betul tak slim pun I masa pregnant. Sama je mesti naik badan dan kena naik badan, sebab hari makin hari budak dalam perut tu makin besar and kerap lapar.
Lapar yang bukan main-main umpama seminggu tak makan. Seriously Siapa mommys, Betul tak.
Isteri kepada penyampai radio Suria FM, Fizi Ali, yang berjaya melepaskan hajat melakukan aktiviti senaman di Felda Lurah Bukit Larut, Bentong, Pahang, baru-baru ini, berkata, layankan sahaja nafsu ketika hamil dan mulakan diet secara berdisiplin apabila fasa berpantang.
jadi kalau awak tengah mengandung awak makan je lah babe. Lepas bersalin awak pantang sebulan dan mula diet,sekarang masa tengah mengandung ni buat aktiviti pun still dia akan kelihatan gebu badan tu katanya lagi.
Di ruang komen, rata-rata memuji sikap Killa yang gigih bersenam meski sedang hamil.pada trimester ketiga.
Tidak kurang juga peminat yang begitu bimbang dengan keselamatan kandungannya kerana Killa sangat aktif sampaikan mampu berjogging lagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment