Iskandar tekad baiki kedudukan ranking dunia


ISKANDAR Zulkarnain Zainuddin yakin untuk meningkatkan ranking dunianya pada 2019 dalam misi meraih kelayakan ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 walaupun tidak lagi di bawah naungan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).



Pemain berusia 27 tahun itu yang kini menduduki tempat ke-99 dalam ranking Persekutuan Badminton Dunia (BWF), berkata adalah penting untuk memperbaiki kedudukan itu bagi melayakkan beliau beraksi dalam kejohanan-kejohanan bertaraf tinggi, sekali gus meraih lebih banyak mata dalam kempen kelayakan Tokyo.

Saya dah hantar permohonan untuk kejohanan Master Malaysia ( 15 hingga 20 Januari) dan Master Indonesia (20 hingga 27 Januari), tapi belum tahu lagi keputusan (sama ada boleh bertanding atau tidak) Saya harap dapat keputusan yang baik katanya yang mengumumkan keputusan keluar dari BAM pada awal bulan lepas.

Saya masih lagi sedang mencari penaja untuk musim depan, bila semua dah selesai baru boleh buat perancangan seterusnya, kepada pemberita selepas sidang media pasukan SS Purple League 2018/19 di sini, hari ini.

Ditanya mengenai keputusan beberapa pemain negara membuat keputusan keluar dari BAM termasuk pasangan beregu campuran Chan Peng Soon-Goh Liu Ying baru-baru ini, pemenang pingat perak Kejohanan Dunia Remaja 2009 itu berkata keputusan itu baik untuk perkembangan pemain-pemain muda.

BAM sekarang pun rancang nak kecilkan skuad...saya rasa ini baguslah untuk junior, dulu saya tak pernah dapat. Saya rasa junior sekarang lebih beruntung (untuk mendapat perhatian BAM).

Bagi saya, saya nak menikmati karier saya...saya harap Purple League ini boleh menaikkan semangat saya untuk terus berjuang demi badminton, kata pemain pasukan Petaling BC itu.

Beliau juga yakin bahawa Petaling BC yang turut dibarisi pemain seperti Goh V Shem dan pemain import dari Australia, Gronya Somerville mampu memberi cabaran kepada juara bertahan, Puchong United BC.

Sementara itu, pengurus pasukan Puchong United, Irina Inozemtseva berkata pemainnya sangat bersemangat dan bermotivasi tinggi untuk mengekalkan kejuaraan berprestij itu.

Kami tahu bagaimana untuk mengendalikan permainan dan mempertahankan kejuaraan, kami  tidak  gentar kerana kami sudah menjadi juara.  Tetapi matlamat kami sekarang bukan hanya memenangi piala itu tetapi memenangi hati penonton dan penyokong.

No comments:

Post a Comment