Tangani golongan songsang secara lembut berhikmah

Tangani golongan songsang secara lembut berhikmah

PENDEDAHAN Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengenai peningkatan pembabitan masyarakat negara ini dalam gaya hidup songsang mungkin tidak mengejutkan bagi sesetengah pihak, tetapi hakikatnya tetap membimbangkan.



Melihatkan keterbukaan media sosial yang banyak mempengaruhi kehidupan generasi muda hari ini, kita tahu itulah antara punca yang menggalakkan lagi pergaulan bebas sehingga mengakibatkan berleluasanya
 kegiatan lesbian,gay biseksual dan transgender (LGBT).

Media bukan sengaja mahu membesar-besarkan isu ini, namun kegiatan tidak bermoral ini jika tidak dibanteras akan menyebabkan kepincangan dan kekeliruan dalam masyarakat.

Pada peringkat global, masalah ini sudah menjadi serius dan mengelirukan apabila sudah ada pasangan sama jantina ini cuba menjalani kehidupan seperti pasangan normal lain, termasuk berkahwin dan memilik anak.

Maka, kita sebagai masyarakat yang normal mula mempersoalkan jika begitu kehidupan mereka, siapa selayaknya menjadi ibu dan siapa pula yang akan dipanggil bapa? Paling membimbangkan kita bagaimana kehidupan
 si anak kelak atau generasi akan datang secara keseluruhannya?

Dari padaperspektif perubatan, kecenderungan memilih kelakuan atau hubungan songsang itu lebih banyak dikaitkan dengan faktor genetik, tetapi bukan masalah baka.Kecelaruan genetik

Ahli Jawatankuasa Pusat Pertubuhan Doktor Islam Malaysia (PERDIM), Dr Zubaidi Ahmad menjelaskan keadaan ini berlaku apabila genetik atau DNA yang bertindak menjaga kecenderungan seksual seseorang mengalami kecelaruan.

Ia menyebabkan seorang lelaki yang sepatutnya menyukai wanita menjadi celaru sehingga minatnya beralih kepada lelaki. Puncanya adalah kesan hormon yang menyebabkan pengambilan pil dan suntikan hormon
 turut berleluasa dalam kalangan mereka yang mahu mengubah jantina asal.

Paling membimbangkan kita ialah kesan hormon boleh berlaku pada peringkat lebih muda, misalnya menerusi pencemaran toksin plastik daripada bahan pembungkus makanan dan minuman plastik.

BPA adalah contoh bahan dalam plastik yang mimik kepada hormon estrogen yang mungkin memberi kesan terhadap hormon wanita jika terdedah dalam jangka masa lama.

Jika berlaku ketika kehamilan, pencemaran berkenaan boleh mengganggu proses pembentukan perlakuan mental, termasuk kecenderungan seksual seseorang.

Sebagai ahli masyarakat normal, kita tidak seharusnya menafikan kewujudan kumpulan yang menjalani kehidupan songsang ini, sebaliknya membantu mereka untuk lebih memahami betapa indahnya hidup mengikut fitrah alam.

Pensyarah Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Prof Madya Dr Mohd Nor Mamat mengakui masyarakat masih menggunakan pendekatan negatif terhadap golongan terbabit
sehingga mereka mengambil sikap bermusuhan dengan golongan normal.Tangani secara berbeza

Pendekatan psikologi perlu bermula dari peringkat sekolah dengan memastikan guru tidak terlalu banyak menggunakan kaedah menghukum dalam pengajaran mereka, sebaliknya memahami setiap perbezaan masalah yang dihadapi pelajar.

Kepelbagaian masalah memerlukan pendekatan yang berbeza dan lebih bersifat peribadi dalam usaha menarik semula mereka kembali kepada fitrah.

Kaedah mengajar perlu berbeza di antara murid lelaki dan perempuan, selain perlu memahami perbezaan fitrah mereka yang jika tidak kena caranya boleh menyebabkan mereka mengamalkan cara hidup songsang,” katanya.

Pegawai Psikologi Kanan Bahagian Perkhidmatan Sumber Manusia, Universiti Putra Malaysia, Siti Fatimah Abdul Ghani mencadangkan cara untuk mendekatkan diri dengan golongan itu dalam usaha untuk
mengembalikan mereka ke pangkal jalan atau sekurang-kurangnya mengehadkan pembabitan dalam kegiatan songsang.

Secara psikologi, katanya, mereka memerlukan bantuan tetapi seluruh ahli masyarakat seharusnya memainkan peranan mengikut kepakaran masing-masing dalam usaha memulihkan emosi mereka.

Daripada institusi kekeluargaan, pendidikan hinggalah institusi keagamaan, seharusnya perlu menerima dan mendekati mereka secara lebih diplomasi, tertib dan kena pada masa, tempat serta keadaannya,” katanya.

Kita sedar, bukan mudah untuk mendekati golongan LGBT ini, apatah lagi apabila mereka beranggapan seluruh anggota masyarakat sentiasa mencemuh atau menyalahkan kegiatan songsang yang diamalkan.

Biarpun gaya hidup yang dipilih jauh menyimpang daripada mana-mana ajaran agama sekalipun, golongan terbabit tidak seharusnya disisihkan seratus peratus. Sebaliknya perlu ada usaha untuk membendung
 kegiatan mereka secara lembut dan berhikmah.

No comments:

Post a Comment