Kebakaran misteri tiada unsur jenayah

Kebakaran misteri tiada unsur jenayah
JASIN: Polis mengesahkan tiada unsur jenayah dikesan dalam kebakaran aneh di sebuah rumah di Kampung Masjid Baru, Asahan, di sini.



Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Arshad Abu, berkata Unit Forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri
sudah melakukan siasatan tetapi tidak menemui sebarang punca kebakaran.

Pengadu ada menyebut mengenai kewujudan jin atau makhluk halus, tetapi dalam siasatan kita tidak menemui sebarang
unsur jenayah dan hanya mampu mengatakan api ini memang misteri.

Mereka (pengadu) juga mendakwa, kejadian pertama berlaku pada 18 Oktober lalu, manakala kejadian kedua pada Sabtu lalu
sebelum membuat dua laporan di Balai Polis Nyalas,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Harian Metro hari ini melaporkan, kejadian api yang muncul secara tiba-tiba dan membakar peralatan di dalam rumah Mazlan Hashim 40
itu sudah berlarutan sejak hampir sebulan lalu.

Malah, kejadian itu juga berlaku berulang kali dan pernah dalam sehari, enam kali terjadi kebakaran di dalam rumah berkenaan
sehingga membimbangkan Mazlan, isteri, Salbiah Abdullah, 41, dan anak perempuannya berusia 14 tahun.

Susulan kejadian itu, keluarga terbabit mengalami kerugian lebih RM1,000 apabila pakaian, perhiasan rumah dan peralatan
elektrik termasuk pendingin hawa terbakar akibat api muncul secara misteri.

No comments:

Post a Comment