Saham Asia dibuka rendah
Indeks meluas MSCI saham Asia Pasifik di luar Jepun turun 1.7 peratus ke paras 1 minggu terendah, dengan saham Australia menyusut 1.6 peratus.
Nikkei Jepun hilang 3.1 peratus susulan kerugian yang diketuai pembuat jentera elektrik dan pembekal bahagian Apple.
Prestasi semalaman di Wall Street, indeks saham utama Amerika Syarikat (AS) susut lebih satu peratus, dengan Nasdaq jatuh lebih dua peratus.
Indeks berkenaan susut berikutan kerugian besar dalam saham Apple selepas tiga pembekal bahagian iPhone mengeluarkan amaran terhadap laporan.
Prospek kurang memberangsankang menyebabkan aktiviti jualan besar-besaran dalam saham firma teknologi Asia, dengan saham di Japan Display susut lebih 11 peratus manakala Murata Manufacturing dan TDK Corp masing-masing hilang 8.9 peratus dan 8.4 peratus.
Indeks KOSPI Korea Selatan turun 2.2 peratus dengan Samsung Electronics turun 2.8 peratus.

No comments:
Post a Comment