Republik Czech juara Piala Fed

Republik Czech juara Piala Fed

PRAGUE: Republik Czech muncul juara Piala Fed buat kali keenam dalam masa lapan tahun selepas pemain beregu nombor satu dunia, Katerina Siniakova menewaskan pemain Amerika Syarikat, Sofia Kenin 7-5, 5-7, 7-5 dalam aksi maraton di depan penyokong sendiri.



Dalam aksi berlanjutan tiga jam 45 minit itu, Katerina tangkas menahan asakan lawannya yang berusia 19 tahun bagi membolehkan Czech meraih kemenangan 3-0.

Sejurus tamat perlawanan, Katerina berpelukan kegembiraan bersama rakan sepasukan sambil diraikan 14,500 penyokong yang memenuhi setiap ruang di Arena 02.

Skuad Czech yang beraksi tanpa dua pemain utama mereka menentang Amerika Syarikat yang juga juara bertahan dan turut kehilangan dua bintang dan membariskan tiga pemain baharu termasuk Sofia.

Katerina yang juga pakar beregu beraksi dalam acara perseorangan selepas pemain nombor lapan dunia Karolina Pliskova mengalami kecederaan dan juara dua kali Wimbledon, Petra Kvitova menarik diri selepas tidak sihat.

Sukar dipercayai. Perlawanan ini ada masanya atas dan ada kalanya bawah. Sangat mendebarkan,” kata Katerina yang berusia 22 tahun itu. “Saya sangat gembira akhirnya kami muncul juara.

No comments:

Post a Comment