Laporan siasatan gangguan seksual siap Dr Dzulkefly
MELAKA: Laporan siasatan membabitkan Ketua Jabatan Ortopedik sebuah hospital awam di Lembah Klang yang didakwa melakukan gangguan seksual terhadap sekurang-kurangnya 38 individu termasuk doktor pelatih siap sepenuhnya untuk dibentangkan.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata tindakan akan diputuskan kementerian bersama Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sebaik selesai pembentangan laporan berkenaan.
Saya dimaklumkan semalam mereka (jawatankuasa) sudah pun menyiapkan laporan dan akan dibentangkan kepada saya minggu depan.
Kajian kali ini tidak sama seperti sebelum ini yang hanya merakamkan laporan sebaliknya kita cuba dapatkan bukti kukuh,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Program Gotong- Royong Mega 2.0 Perangi Aedes Peringkat Kebangsaan 2018 yang turut dihadiri Ketua Menteri, Adly Zahari dan EXCO Kesihatan negeri, Low Chee Leong di Taman
Saujana Seksyen 2, Bukit Katil, di sini, hari ini.
Dr Dzulkefly berkata, sebaik dibentangkan kepadanya pihak kementerian akan terus memaklumkan kepada SPA untuk tindakan seterusnya.
Tindakan akan diputuskan dan diambil dalam tempoh segera selain pihak Perubatan Malaysia (MMC) juga akan dipanggil.
Siasatan dilakukan dengan sangat cermat dan teliti selain ia mengikut lunas undang-undang,” katanya.
NSTP sebelum ini melaporkan Ketua jabatan ortopedik sebuah hospital awam di Lembah Klang yang didakwa melakukan gangguan seksual terhadap sekurang-kurangnya 38 individu termasuk doktor pelatih, digantung tugas
selama dua bulan berkuat kuasa 17 September lalu.
Dr Dzulkefly berkata, tindakan itu diambil bagi membolehkan kementerian menjalankan siasatan dalaman sebelum memaklumkan kepada SPA untuk membuat keputusan sama ada menamatkan perkhidmatan ketua jabatan itu atau sebaliknya.
Beliau berkata, ketua jabatan terbabit kini dilaporkan mengambil cuti sakit.
Kita sudah menerima maklum balas SPA (yang bersetuju) dengan syor kami untuk mengenakan perintah tahan kerja mengikut Peraturan 43 (mengikut peraturan tatatertib penjawat awam) ke atas ketua jabatan berkenaan selama dua bulan.

No comments:
Post a Comment