8 pusat urut kebal kena serbu

8 pusat urut kebal kena serbu

JEMPOL: Selepas bertahun dianggap kebal, lapan pusat urut yang menawarkan khidmat urutan badan ke badan (B2B) di Bahau, di sini, digempur Jabatan Imigresen (Imigresen) semalam.



Dalam operasi jam 4.40 petang itu, Unit Operasi Khas (QRT) Bahagian Perisikan Operasi Khas Imigresen serta Imigresen Negeri Sembilan menahan 23 wanita warga asing
berusia 18 hingga 42 tahun termasuk 15 dari Thailand dan masing-masing empat dari Laos dan China.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali, berkata serbuan serentak di lapan premis di Taman Meranti, di sini, dibuat hasil risikan pihaknya selama beberapa minggu.

Beliau berkata, kehadiran 34 anggota pada mulanya disedari penjaga premis yang dipercayai mendapat maklumat melalui ‘tonto’ menyebabkan mereka cuba menutup pintu hadapan pusat terbabit.

Kehadiran awal beberapa anggota berjaya mengekang cubaan itu dan kami turut menangkap empat penjaga premis dan seorang tonto.

Terdapat beberapa tukang urut melarikan diri ke rumah penginapan di Kawasan Perniagaan Kiara yang terletak di kawasan berhampiran dan mengunci pintu kediaman
 memaksa pihaknya memecahkan pintu,” katanya kepada NSTP, hari ini.

Beliau berkata, siasatan mendapati semua pusat terbabit menawarkan khidmat B2B dengan harga serendah RM50 hingga RM150 bagi tempoh 45 minit.

Katanya, tukang urut terbabit ditempatkan di rumah penginapan berasingan bagi mengelakkan dikesan pihak berkuasa.

Menurutnya, semua pusat urut itu sudah beroperasi terlalu lama dan dianggap kebal malah banyak kali dikenakan tindakan kerana terbabit dalam aktiviti tidak bermoral.

Semua wanita terbabit, katanya turut melakukan kesalahan salah guna pas lawatan sosial, tiada dokumen pengenalan diri, tinggal lebih masa dan mereka dihantar ke
 Depot Tahanan Imigresen di Lenggeng, Seremban untuk reman selama 14 hari.

Katanya, kes disiasat mengikut Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM), Akta Imigresen 1959/ 1963 dan Akta Passport 1966.

No comments:

Post a Comment