Khabib bakal bertembung Mayweather

Khabib bakal bertembung Mayweather

PENGURUS Khabib Nurmagomedov, Ali Abdelaziz yakin perlawanan antara anak buahnya dan Floyd Mayweather bakal menjadi kenyataan dan membuahkan hasil lumayan.



Khabib sebelum ini mendedahkan keinginannya untuk bertarung dengan pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik itu sebaik saja mempertahankan gelaran lightweight
dimilikinya selepas menewaskan Conor McGregor dalam acara utama UFC 229, baru-baru ini.

Memetik TMZ, Khabib tidak banyak menyuarakan mengenai kemungkinan pertarungan dengan bekas lima kali juara dunia itu tetapi Abdelaziz yakin pertemuan itu bakal berlaku.

Sudah tentu, Khabib mahu bertinju dengan Floyd, tetapi saya katakan yang kami mempunyai kontrak bersama UFC, mereka membenarkan petinju Ireland ini (Conor McGregor) untuk bertarung," kata Abdelaziz kepada TMZ.

Pertembungan antara Mayweather dan Khabib tidak akan berlaku dalam masa terdekat ini apabila petinju legenda ini bakal bertarung dalam satu aksi pertunjukan menentang Tenshin Nasukawa di RIZIN 14 pada ambang tahun baharu ini.

No comments:

Post a Comment