Adik beradik menang pingat acara sama

Adik beradik menang pingat acara sama

ATLET negara Siti Noor Iasah Mohamad Ariffin seperti dijangka tidak berhadapan kesukaran meraih pingat emas kategori 800 meter T20 (oku akal) pada hari pertama acara olahraga Para Sukan Malaysia (Sukma) 2018  hari ini.



Lebih menggembirakan atlet berasal dari Johor Bahru itu apabila adik bongsunya Siti Noor Insyirah turut memenangi pingat gangsa acara sama.

Gembira sangat sebab hari ni dapat lari bersama adik saya. Saya nak beri dia pendedahan dan semangat untuk jadi atlet,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Stadium Perak di sini hari ini.

Siti Noor Iasah yang mewakili negeri Johor membuat catatan masa 2 minit 40.23 saat (s) manakala Siti Noor Insyirah 2:58.70s.

Pingat perak dimenangi atlet Kelantan, Nur Alia Ardiela Natasya Ibrahim dengan catatan masa 2:54.23s.

Dalam pada itu, Siti Noor Insyirah, 14, memberitahu penyertaan kali pertamanya dalam temasya berkenaan banyak didorong kejayaan yang diraih Siti Noor Iasah.

Kalau boleh saya nak jadi seperti kakak dan saya akan cuba sedaya upaya untuk berjaya seperti dia katanya.

No comments:

Post a Comment