Israel Hamas saling berbalas serangan
BAITULMAQDIS: Pejuang Palestin di Semenanjung Gaza melancarkan serangan roket dan mortar secara besar-besaran di seluruh selatan Israel semalam, sebagai membalas dendam atas pembunuhan tujuh pejuangnya oleh tentera Zionis malam sebelumnya.
Jet pejuang Israel membalas serangan mengenai sasaran di Gaza.
Pertempuran itu mengancam menjejaslan rundingan selama beberapa bulan menyasar meredakan sempadan Israel-Gaza, di mana bantahan sejak Mac lalu disambut serangan maut Zionis, membunuh 231 penduduk Palestin dan mencederakan ribuan lain.
Rundingan itu sudah menghasilkan langkah konkrit bagi meredakan ketegangan di Gaza termasuk menambah bekalan elektrik dan kemasukan bantuan bernilai jutaan dolar.
Lebih 200 serangan roket dan mortar dilepaskan ke dalam Israel dalam tempoh dua jam pertama tengah hari semalam, 60 daripadanya dipintas sistem pertahanan Iron Dome Israel, kata tentera.
Menjelang malam, tentera berkata, jet pejuang, helikopter dan kereta kebal menyerang lebih 70 sasaran di Gaza milik Hamas dan Islamic Jihad Palestin.
Pihak berkuasa di Gaza berkata, tiga penduduk Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel manakala tiga lain cedera. Lebih 12 penduduk Israel cedera dalam serangan itu.
Kemuncak serangan berlaku beberapa jam selepas penduduk Palestin dan Israel mengebumikan mangsa maut malam Ahad lalu, dalam apa yang disifatkan media Israel sebagai misi perisikan Zionis cemerkap dalam Semenanjung Gaza.
Enam pejuang Hamas termasuk seorang komander pasukan di Khan Younis dan seorang anggota Jawatankuasa Tentangan Popular, serpihan tentera, terbunuh manakala seorang leftenan kolonel Israel dalam unit elit Maglan turut maut dalam pertempuran itu.
Menurut bekas pegawai Israel yang tahu mengenai operasi itu berkata, matlamat misi adalah pemantauan bukan pembunuhan.

No comments:
Post a Comment