China pamer peluru berpandu baru jet J-20
SHANGHAI: China buat kali pertama mempamerkan peluru berpandu canggih pesawat pejuang stealth J-20 miliknya kepada umum di pameran udara terbesar negara itu, lapor Global Times hari ini.
Akhbar itu berkata ketika membuat terbang lintas, dua jet pejuang J-20 membuka pintu di ruang peluru berpandu, setiap satu menunjukkan empat peluru berpandu di dalam fiuslage
dan satu di kedua-dua belah pesawat.
Memetik seorang pakar China, akhbar itu berkata pertunjukan bersempena ulang tahun ke-69 penubuhan Angkatan Udara Tentera Pembebasan Rakyat (PLA), memperlihatkan
keunggulan J-20 berbanding jet pejuang canggih AS, F-22 dan F- 35 serta keyakinan PLA yang semakin meningkat.
Pakar ketenteraan, Song Zhongping berkata, empat peluru berpandu dalam pesawat J-20 adalah peluru berpandu udara jarak jauh, manakala satu lagi di kedua-dua belah
pesawat adalah peluru jarak dekat untuk pertempuran udara.

No comments:
Post a Comment