Rambut Gugur. Setiap kali menyikat rambut, banyak sekali rambut yang gugur!
Jangan dibiarkan kerana ia boleh mengundang kebotakan. Masalah rambut gugur ini sering dialami oleh wanita dan juga lelaki,tanpa mengenal usia, tua ataupun muda. Jika masalah ini tidak segera ditangani serta diberikan rawatan yang tepat, sesiapa sahaja boleh mengalami kebotakan.
Banyak sekali cara yang boleh anda lakukan untuk mencegah rambut rosak, mengatasi rambut gugur ataupun menumbuhkan rambut botak. Paling mudah, anda boleh pratikan di rumah dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi.
Berikut petua semula jadi mengatasi rambut gugur;
1. Gunakan Santan Cara ini sudah popular sejak dahulu lagi dan diperakui mampu mengatasi rambut gugur dan menumbuhkan rambut. Lumurkan 250ml-500ml santan ke kulit kepala dan rambut. Balut dengan tuala suam dan biarkan selama 15 hingga 20 minit.
Kemudian bilas dengan air sejuk. Rawatan ini akan membuatkan rambut menjadi lebih
lembut dan bersinar. Lakukan proses ini secara rutin, tiga kali dalam seminggu.
Kemudian bilas dengan air sejuk. Rawatan ini akan membuatkan rambut menjadi lebih
lembut dan bersinar. Lakukan proses ini secara rutin, tiga kali dalam seminggu.
2. Manfaat Minyak Zaitun Kebaikan minyak zaitun memang banyak. Salah satunya, meningkatkan proses pertumbuhan rambut, mengatasi rambut gugur serta menyihatkan keadaan kulit kepala anda. Caranya cukup mudah, titiskan empat hingga lima titis minyak zaitun setelah anda mencuci rambut. Kemudian urut perlahan-lahan kulit kepala. Sebaiknya dilakukanpada malam hari agar kandungan minyak zaitun menyerap pada kulit kepala. Keesokan pagi, cucilah rambut anda hingga bersih.
3. Rahsia Minyak Kelapa Khasiat minyak kelapa memang tiada tandingannya.Rambut gugur dan kelemumur yang menyekat pertumbuhan rambut boleh diatasi dengan minyak kelapa. Sapu minyak kelapa pada kulit kepala hingga rambut.Pastikan seluruh akar rambut itu terkena minyak kelapa. Jika proses ini anda lakukan secara rutin pada setiap hari,tidak mustahil masalah rambut gugur dan berkelemumur itu akan segera hilang. Bahkan, akar rambut anda juga akan menjadi lebih kuat sehingga proses pertumbuhan rambut menjadi lebih cepat.
4. Telur Cara semulajadi menyelesaikan masalah rambut gugur ialah dengan memanfaatkan telur kuning. Sapukan telur kuning pada rambut dan kulit kepala. Kemudian urut kulit kepala 10-15 minit. Setelah itu, cuci dengan menggunakan syampu agar tidak meninggalkan bau hanyir pada rambut. Sebaiknya anda melakukan proses ini tiga hingga empat kali dalam seminggu. (Telur, di dalamnya terdapat banyak protein dan omega-3 yang amat diperlukan oleh rambut. Selain itu ,telur juga merupakan sumber vitamin B yang dapat membantu mencegah rambut gugur dan merangsang pertumbuhan rambut.)
5. Yogurt dan susu rendah lemak Yogurt dan susu rendah lemak, merupakan sumber vitamin A yang baik. Makanan ini membantu meningkatkan produksi sebum sehingga mencegah rambut gugur dan masalah kebotakan dengan cara semulajadi.
6. Bayam
Bayam bukan sahaja kaya dengan antioksidan,vitamin B, vitamin C dan vitamin E. Bahkan, bayam juga kaya dengan potassium, omega3, zat besi serta kalsium yang membantu memaksimalkan pertumbuhan rambut, sekaligus mencegah rambut gugur.
Bayam bukan sahaja kaya dengan antioksidan,vitamin B, vitamin C dan vitamin E. Bahkan, bayam juga kaya dengan potassium, omega3, zat besi serta kalsium yang membantu memaksimalkan pertumbuhan rambut, sekaligus mencegah rambut gugur.
7. Kacang
kacangan. Jika anda ingin mencegah rambut gugur dan botak, jangan lupa masukan menu kacang ini dalam hidangan anda. Kacang kaya dengan protein, pelbagai vitamin, serta mineral dan phytochemical yang bermanfaat sekali untuk
mencegah masalah rambut rosak.
kacangan. Jika anda ingin mencegah rambut gugur dan botak, jangan lupa masukan menu kacang ini dalam hidangan anda. Kacang kaya dengan protein, pelbagai vitamin, serta mineral dan phytochemical yang bermanfaat sekali untuk
mencegah masalah rambut rosak.
8. Kebaikan Lobak Merah Jangan menolak untuk memakan lobak merah! Vitamin A dan betakaroten yang terkandung daripada lobak merah ini sangat penting. Fungsinya adalah untuk membantu memproduksi sebum di kulit kepala yang akan merangsang pertumbuhan rambut, sekaligus membantu mencegah rambut gugur.
Nota Gempak: Jangan lupa SHARE artikel ini.
No comments:
Post a Comment