![]() |
PAS dan beberapa parti politik lain telah menghantar memorandum kepada kerajaan sebelum ini. (Barisan Nasional) berserta beberapa cadangan untuk mewujudkan akta itu. |
DUNGUN: PAS menyatakan sokongan penuh
terhadap usaha kerajaan untuk mewujudkan Akta pembiayaan Politik bagi menghalang unsur rasuah dan kepentingan peribadi penderma mendorong keputusan parti pemerintah.
Menteri Besar Terengganu Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata sebelum ini PAS bersama beberapa parti politik lain seperti Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) telah mengantar memorandum kepada kerajaan sebelum ini (Barisan Nasional) berserta beberapa cadangan untuk mewujudkan akta itu.
''Saya nak tegaskan bahawa PAS sentiasa konsisten memperjuangkan supaya diwujudkan satu undang-undang khusus mengenai perkara ini dan kita hantar memorandum bersama parti politik yang lain.
''Namun disebabkan berlaku Pilihan Raya Umum ke-14 baru-baru ini dan pertukaran kerajaan, kita belum berpeluang membawa perkara ini kepada pentadbiran baharu.
No comments:
Post a Comment