Orang orang bangsat membunuh insan yang berkhidmat


SHAH ALAM - Mufti Perlis Datuk Dr Asri Zainul Abidin hari ini menulis sebuah puisi bagi mengambarkan hari sedih seluruh Malaysia, susulan pemergian anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kasim, 24, malam semalam.



Menulis puisi berjudul 'Hari ini bumiku menangis' Dr Asri mendedikasikannya buat perjuangan Muhammad Adib yang tegar memberi khidmat bakti buat anak bangsa meskipun pengorbanannya akhirnya meragut nyawanya sendiri.

Tulis Dr Asri, Muhammad Adib pergi dek kerana golongan yang tidak tahu bersyukur, menghasut ke arah kerosakan.

Muhammad Adib yang merupakan anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya dipercayai dipukul sekumpulan perusuh ketika operasi memadam kebakaran kenderaan di hadapan kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya.

Allahyarham Muhammad Adib menghembuskan nafas terakhir pada jam 9.41 malam tadi selepas tiga minggu mendapatkan rawatan.

Berikut merupakan nukilan Dr Asri.

Hari ini bumiku menangis

Hari ini airmataku menitis

Bumiku juga turut menangis

Pada peristiwa yang trajis

Pada darah dia yang merenjis

Orang-orang yang bangsat

yang tidak tahu hormat

membunuh insan yang berkhidmat

tanpa alasan melainkan jahat

Sebalik mereka ada lidah penghasut

api permusuhan disembur disebut

segala pembohongan diangkut disangkut

kononnya di sini mereka hidup, merempat melukut

Setelah ditabur baik budi

diberi ruang berkongsi bumi

tidaklah pula tahu hargai

apakah itu jasa dan bakti

Kita ingin hidup damai dan aman

sama berkongsi pemberian Tuhan

tapi, mesti ada adab ada sempadan

itulah kehidupan seorang insan

Namun..

jika cacing naik ke mata,

yang dicari hanya sengketa

maka kasarlah yang diminta

bangkit amarah bangkit segala

Tiada penawar bagi pengkhianat

bawalah mereka khalayak rakyat

hukum dan undang mesti diangkat

jika pertiwi mahu harmoni selamat

perosak kedamaian mesti ditamat.

No comments:

Post a Comment