Solari bakal galas tugas tetap di Real

Solari bakal galas tugas tetap di Real

MADRID: Real Madrid dijangka akan melantik Santiago Solari sebagai pengurus tetap kelab itu.



Persatuan Bolasepak Sepanyol berkata mereka sudah menerima kontrak Solari daripada
kelab La Liga itu, walaupun masih belum ada pengumuman daripada Real.

Solari mengambil alih jawatan itu pada 29 Oktober selaku pemangku selepas
pemecatan bekas pengurus Sepayol, Julen Lopetagui.

Pengendali berusia 42 tahun itu sejak itu memimpin Real mencipta empat kemenangan
daripada empat perlawanan sekali gus permulaan terbaik mana-mana pengurus dalam sejarah kelab itu.

Real perlu memberikan Solari atau sesiapa saja jawatan tetap berkenaan ketika undang-undang
bola sepak Sepanyol menghalang pemangku jurulatih untuk terus kekal lebih daripada dua minggu.

Kemenangan Solari ketika mengendalikan kelab itu ialah berdepan Melilla dalam saingan
 Copa del Rey, Viktoria Plzen pada Liga Juara-Juara dan Real Valladolid serta Celta Vigo dalam Liga.

Dalam perlawanan itu, Real menjaringkan 15 gol dan melepaskan dua gol.

Kelab itu berkedudukan kesembilan ketika dia mengambil alih dan kini naik ke tangga keenam
 empat mata di belakang pendahulu, Barcelona.

No comments:

Post a Comment