Sibuk jaga anak


 Sibuk jaga anak

KUALA LUMPUR: Sejak bergelar isteri kepada juruterbang, Mohamad Rafiq Mohmad Arif, Falisha Crossley ibarat mengucapkan selamat tinggal kepada dunia lakonan.



Sibuk menguruskan rumah tangga dan anak, Falisha tidak lagi memberi keutamaan kepada bidang lakonan biarpun jiwanya masih kental dengan dunia seni.

Saya sudah tidak lagi aktif berlakon... Suami pun beritahu tak payah lagi (berlakon) dan minta saya beri tumpuan kepada anak.

Secara tersirat, suami lebih selesa saya beri fokus kepada rumah tangga.

Saya juga seronok mengasuh anak... Dapat lihat proses tumbesarannya dari kecil apatah lagi saya menyusu badan,” katanya kepada BH Online.

Melangsungkan perkahwinan sejak Januari tahun lalu, kehadiran anak tersayang, Nur Raysha Mikhayla Mohamad Rafiq yang berusia setahun, menambah
seri kepada rumah tangga Falisha dan suami.

Selepas bernikah, Falisha mula menyepi dan lebih banyak memberi tumpuan kepada suami dan rumah tangga.

Tambah Falisha, ramai peminat bertanya melalui media sosial mengenai kegiatannya sekarang.

Peminat bertanya bila lagi saya hendak berlakon... Saya jawab sekarang sibuk jaga anak,” katanya yang ditemui pada majlis hari lahir anak
pelakon Lufya, Laana Haura di ibu negara, Ahad lalu.

Falisha yang mencipta nama melalui filem Mat Moto : Kami Mat Moto, Bukan Mat Rempit memberitahu, dia perlu berkorban apatah lagi usia meningkat.

Kalau hendak diikutkan, jiwa dan minat saya ke arah bidang lakonan. Namun, itu zaman bujang, bolehlah jadi keutamaan.

Sekarang sudah berubah... Keutamaan saya kepada suami dan anak. Pendek kata, keluarga berada di tangga pertama,” katanya yang pernah menetap
di Pulau Langkawi selama lapan bulan kerana mengikut suami.

Kali terakhir Falisha berlakon adalah dalam telefilem Sakit yang disiarkan slot Cerekarama di TV3, pada November 2016.

No comments:

Post a Comment