Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, pihaknya akan memantau dan mengenal pasti kedai terlibat sekiranya wujud dalam kalangan kedai jahit itu menjual seragam polis.
Di bawah akta polis, tidak dibenarkan sebarang penjualan tanpa permit apa juga perkakasan, pakaian, topi kerana ia merupakan satu kesalahan katanya.
Kata Noor Rashid, PDRM tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan di bawah akta polis jika aktiviti berkenaan boleh mendatangkan ancaman kepada negara.
Sementara itu, Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Hamidi Adam bimbang sekiranya warga Bangladesh menerima tempahan daripada individu yang merancang untuk melakukan penyamaran sebagai penguatkuasa.
Umum tahu, menjadi kesalahan untuk orang awam membeli dan menggunakan seragam penguat kuasa. Setiap uniform penguatkuasa termasuk imigresen diwartakan dan menjadi kesalahan kepada orang awam untuk menggunakan pakaian tersebut.
Imigresen bimbang jika ada individu yang menyamar sebagai pegawai Imigresen dan menyalahgunakan nama jabatan ini katanya.
Menurut Hamidi, Jabatan Imigresen akan mengambil tindakan lanjut terutama sekiranya tukang jahit warga asing itu tidak mempunyai permit sah.
Pada masa sama, saya minta orang awam segera membuat laporan kepada pihak berkuasa sekiranya mendapat maklumat ada peniaga menjual pakaian seragam pegawai Imigresen katanya.
Berdasarkan hasil tinjauan Wartawan Sinar Siasat di pekan tersebut, baru-baru ini seragam Imigresen antara yang dijahit tukang jahit warga Bangladesh.
No comments:
Post a Comment