Mayweather keluar dari persaraan, akan lawan 'kickboxer' Jepun
Mayweather keluar dari persaraan, akan lawan 'kickboxer' Jepun
BINTANG tinju dunia Floyd Mayweather Jr mengesahkan akan keluar daripada persaraan untuk kembali ke gelanggang pertarungan menentang atlet 'kickboxing' dari Jepun, Tenshin Nasukawa.
Memetik laporan AFP, Mayweather, 41 tahun, dijadualkan akan bertarung dengan Nasukawa, yang hampir separuh lebih muda daripadanya, pada malam tahun baharu di Saitama, Jepun.
Bagaimanapun, format pertarungan tersebut masih belum ditetapkan oleh penganjur, Rizin Fighting Federation.
Saya mahu berikan apa yang mereka mahukan -- darah, peluh dan air mata,” kata Mayweather pada sidang media di Tokyo, Isnin.
Saya mahu terus datang ke sini dan bawa petarung lain supaya syarikat saya dapat terus berkembang dan RIZIN dapat terus berkembang.
Kita telah menganjur beberapa pertarungan besar di Amerika Syarikat, tetapi kita juga berharap untuk membawa banner Promosi Mayweather dan TMT (The Money Team) ke seluruh dunia,
katanya lagi.
Mayweather juga sebelum itu telah memuat naik gambarnya memakai sarung tangan tinju di laman sosial Instagram miliknya pada hujung minggu lalu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment