Bersama kekasih WeChat dalam hotel bajet

gambar hiasan
Bersama kekasih WeChat dalam hotel bajet

KUALA TERENGGANU - Keputusan berani seorang penuntut institusi pengajian tinggi awam (IPTA) melakukan perbuatan tidak senonoh di sebuah bilik hotel bajet bersama kekasih 'WeChat' yang dikenali dua bulan lepas mengundang padah apabila didenda RM2,600 oleh Mahkamah Rendah Syariah Kuala Terengganu, hari ini.



Gadis berusia 21 tahun dan berasal dari Kuala Berang, Hulu Terengganu juga diarahkan dipenjara tiga minggu sekiranya gagal menjelaskan denda ditetapkan.

Manakala kekasih 'WeChat' nya yang berusia 24 tahun dan bekerja sebagai tukang gunting yang hanya mengenakan tuala semasa ditangkap didenda RM2,700 atau dihukum empat minggu penjara sekiranya gagal menjelaskan denda.

Hakim Syarie membuat keputusan itu selepas kedua-duanya mengaku bersalah melakukan perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah selepas bilik sebuah hotel bajet di Wakaf Tembesu, Kuala Nerus, yang disewa mereka diserbu, jam 10.15 pagi, pada 4 September lalu.

Dengan itu, mereka mengaku bersalah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001.

No comments:

Post a Comment