Baru-baru ni, kecoh apabila pengarah muda, Syamsul Yusof dalam satu sidang media mengatakan beliau akan menyaman seorang kakitangan syarikat rekaan grafik yang dikatakan melanggar hak cipta filem Munafik 2.
Menurut Utusan Online, Syamsul telah membuat laporan polis pada 20 September lepas dan perbicaraan akan bermula hari ni (22 Oktober) di Mahkamah Taiping.

“Salah sendiri lah kau bermain dengan api”
Kes ini telah mendapat perhatian netizen yang rata-rata penggemar filem tempatan untuk mengecam tertuduh terbabit yang dikatakan ego dan enggan memadam linkyang dimuat naiknya walaupun telah ditegur Syamsul sendiri.
Menerusi sebuah posting di Facebook, kebanyakan netizen menyalahkan suspek kerana berani mencabar Syamsul Yusof yang kononnya tindakan berkongsi link download Munafik 2 tu tidak salah walaupun sudah berkali-kali ditegur akan kesilapan tersebut.
“Kenapa tak padam post? Sebenarnya…”
Pun begitu, tertuduh yang menggelarkan dirinya sebagai Sasuke Kun di Facebook tampil menjelaskan cerita sebenar di sebalik kisah saman ni.
Katanya, dia telah mendapat banyak persoalan daripada netizen di media sosial sebab kenapa dia tak padam postberkaitan Munafik 2 tu, walaupun pengarah dan pihak Skop Production sendiri dah tegur directly dengan dia.
Baginya, dia tak bersalah sebab dia hanya share link tersebut dan link tu pulak hanya copy paste dari grup FB lain. Bukan dia yang upload movie tersebut dia media sosial.
Gempak Info
Gempak Info
No comments:
Post a Comment