Seringkali, penyanyi Zizi Kirana terpalit kontroversi dek kerana cara pemakaiannya yang seksi. Kalau sebelum ni dia dikritik kerana memakai ‘singlet’ jarang yang menampakkan coli, tapi kali ni kontroversi yang lebih dahsyat tengah hangat diperkatakan.
Menurut mStar, gara-gara memakai pakaian yang dianggap oleh netizen terlalu seksi, Zizi disamakan pula dengan pornstar terkenal antarabangsa. Wow!

Penyanyi berusia 32 tahun ni disamakan dengan Mia Khalifadan menurutnya, dia tak kenal pun pelakon lucah tu dan tertawa sebaik mendapat tahu tentang pornstar tersebut.
“Ada orang samakan saya dengan seorang bintang porno popular dan saya tak kenal dia, jadi saya pun buat carian nama di Google dan jumpalah tentang wanita bernama Mia Khalifa itu.”
Pelantun lagu Boleh Jalan tu jugak akui tak sangka yang netizen ada imaginasi sebegitu tinggi sedangkan dia tidak seperti pelakon lucah tu.
Orang nak kata apa pun katalah, saya lebih tahu diri saya dan kalau ada yang gelar saya ikon seks sekalipun, terpulang!”
Walaupun selalu jadi topik perbualan pengikut di Instagram, kata Zizi dia tak kisah dengan kritikan netizen dan memilih untuk abaikan saja komen-komen negatif dorang tu.
“Saya biarkan sahaja komen-komen mereka itu dan tak mahu block atau padam, sebab kalau kita sekat seorang, nanti akan ada komen yang lain lagi.
“Banyak lagi kerja yang saya perlu lakukan, jadi abaikan saja kata-kata negatif itu.”
Zizi baru saja melancarkan single terbaru dia bertajuk Siapa Yang Bap Bap hasil ciptaan DJ Fuzz. Katanya setakat ini, lagu tu mendapat sambutan yang sangat baik dan positif daripada peminat.
Sejak dilancarkan 6 Oktober haritu dekat Youtube, music videotersebut sekarang dah cecah lebih 261,000 tontonan. Tapi, ada jugak netizen yang send komen berbaur lucah menggunakan tajuk lagu tersebut.
Gempak Info
Gempak Info
No comments:
Post a Comment