Daun Kucai Mampu (Anak Susah Nak Makan)


Saya selalu pening kepala kalau anak susah nak makan. Saya yakin, ramai para ibu di luar sana juga menghadapi masalah yang sama. Terpaksa ditunggu dan menggunakan pelbagai cara nak memujuk anak makan. Paling rasa susah hati, bila anak susah makan, berat badan tidak mencapai berat sewajarnya sesuai usia, dan ini akan mengundang bermacam penyakit pada si anak. Apatah lagi sekarang ni, amat bahawa kalau anak jatuh sakit, macam-macam virus menyebabkan sakit jadi berpanjangan.

Adam Fiqran termasuk dalam kategori anak yang susah nak makan. Akibatnya, bdan kurus sangat, dan selalu tak bermaya bila di sekolah. Balik sekolah jer, pastinya kelelahan. Pelbagai cara dah dibuat, macam-macam pil vitamin diberi, masih begitu juga. Alhamdulillah..terjumpa petua mudah ini untuk tingkatkan selera makan kanak-kanak.


Caranya macam ini:

Ambil segenggam daun kucai dan cuci hingga bersihPatah2kan sampi panjang agak2 jari kita ( saya blender kasar daun kucai tu, kemudian tapis, airnya kehijauan)Campurkan dengan air suam2 kuku, separuh baldi kecil saja. Bila anak mandi petang, lebih kurang nak senja (jam 6-7 petang), lepas sabun dan mandi bersih, gunakan air kucai tadi sebagai bilasan terakhir Tuangkan sehingga 3-4 cedok air. Urut-urutkan dada dan belakang anak. Bersihkan kesan-kesan daun (kalau ada yang terlekat di badan anak) tidak perlu bilas dengan air biasa

Selepas 2 hari mencuba, Adam cergas saja balik dari sekolah. Ceria dan boleh main di taman lagi (tidak seperti hari-hari lalu, dia yang lesu).


Paling menyeronokkan, dia makan berselera sekali. Petang balik sahaja sekolah (sessi persekolahan Adam dari jam 8.00am hingga 4.30 pm) dia dah minta nak makan ringan-ringan , rotilah, biskut. Jam 7 malam, makan nasi pula. Jam 9.30 malam nak tidur pun cakap lapar dan nak makan lagi.


Nampaknya, mandi air kucai ni memberi kesan positif juga pada Adam. Heran juga, sekadar petua atau ada sesuatu di sebalik kucai tu.


Apa kucai tu ?


Daun kucai


Info sedikit dari Wiki : khasiat kucai adalah seperti berikut


Daun kucai mengandungi vitamin A, vitamin B ,vitamin C, kalsium dan asid florida. Ia dipercayai mampu melegakan sakit tekak, sakit perut, melindungi diri daripada penyakit jantung dan stoke, membantu tubuh menentang bakteria dan meningkatkan kebolehan tubuh untuk mencerna lemak. 


Selain itu, ia dapat merangsang selera makan, membersihkan hidung tersumbat, mengurangkan kembung dan mencegah nafas berbau, merendahkan tekanan darah tinggi. Kandungan vitamin C dalam kucai mampu mencegah selsema. Banyak lagi khasiat daun kucai.

  
Dengan memandikannya pun, nampaknya boleh memberi kesan yang dikehendaki. 

Boleh kongsi bersama rakan-rakan. 
Gempakinfo

No comments:

Post a Comment