10 Perkara Ini Mampu Elak Ular Berkunjung Ke Kediaman Anda

10 Perkara Ini Mampu Elak Ular Berkunjung Ke Kediaman Anda




Ular, reptilia berbisa yang kerap bertandang di laman anda. wlaupun laman dah cukup kemas dan bersih, tidak bermaksud anda terhindar dari kunjugan reptilia ini. ini kerana 1 dari 10 faktor tersebut terdapat di kediaman anda.

1. Bersihkan perkarangan rumah

Elak dari kawasan yang menjadi himpunan barang-barang seperti longokkan ornamen kerana ia berpotensi menjadi tempat perlindungan ular. Disamping itu juga, lantai laman sama ada di bawah pokok perlu sentiasa bersih tanpa longokkan daun kering kerana ular suka tidur di dalam timbunan daun keran yang kering dan sejuk.

2. Elak dari tanaman merumpun

Tanaman merumpun seperti pandan dan seangkatan denganya juga berpotensi menjadi tempat persembunyian ular tanpa anda sedari. Silap-silap, boleh jadi tempat bertelur dia pulak nanti. Kalau ada tanaman merimbun yang terdapat di laman anda, perkemaskannya secara kerap.

3. Tebas semak samun

Tebas semak samun yang terdapat di dalam mahupun sekitar perkarangan kediaman anda. kalau lalang jiran tu dah panjang semeter, suruh di tebas. Kalau jiran malas, buat gotong royong sama-sama. BAIKNYEEEE

4. Elak dari badan air

Badan air seperti kolam ikan dan tasik adalah tempat kegemaran ular terutamanya ketika  musim panas. jika kediaman anda berhampiran dengan tasik, ia berpotensi menjadi tempat singgahan ular.

5. Tutup setiap lubang

Lubang saliran, bumbung juga berpotensi menjadi laluan masuk ular ke dalam kediaman. Perasan tak, nenek-nenek kita dahulu tutup lubang bawah pintu dengan kain atau lidi penyapu, tujuan nye untuk menghalang ular dari masuk rumah lah. Begitu juga pada bahagian bumbung. Ia antara tempat atau lalun masuk ular juga.

6. Pastikan rumah sentiasa harum

Ular mempunyai sifat tak suka akan bau-bau yang menyegat kerana ia akan mengancam deria bau ular. Bila deria bau ular tercemar, ia akan mengalami kesukaran untuk mengesan keadaan persekitarannya .

7. Bersih dari tikus dan katak

Ular bukanlah binatang yang bersarang. Artinya ia tidak memilih tempat tertentu untuk dijadikan tempat tinggal dalam waktu yang lama. Dia selalu berpindah ke tempat yang menyediakan stockmakanan yang mencukupi. Lagi banyak tikus dan katak di kediaman anda, lebih lama lah dia bertapa. Bila sumber makanan dah habis, baru ular berpindah ke tempat lain.

8. Kucing vs ular

Ular akan menghindari haiwan-haiwan yang suka mencakar seperti ayam, kucing dan sebagainya. Kerap kali kita lihat kucing berlawan dengan ularkan? Selalunya kucing yang menang. Namun ia bergantung kepada saiz ular yang menyerang. Tapi paling tidak, kucing kita boleh beri amaran kalau dia tak berupaya untuk lawan ular tersebut.

9. Gertak ular

Ular akan terasa terancam apabila ia diganggu. Bila terlalu kerap ancaman, ia akan tidak berasa selesa dan akan segera kaluar dari laman anda. gunakan jentera berkebun seperti mesin rumput, blower dan sebagainya di kawasan yang anda rasa berpotensi menjadi kawasan perlindunggan dan sarang ular. Itu antara kaedah untuk gertak ular yang mudah untuk anda cuba.

10. Tabur serbuk belerang

Ada orang kata petua ini hanya mitos. Namun kelihatan berkesan bedasarkan pengalaman admin. Tabur parameter kediaman dengan serbuk belerang atau nama lebih tepat sulfur. Boleh dapatkan serbuk ni di kedai hardware sahaja. Tapi masa nak taburkan serbuk belerang ni, pakai sarung tanggan sebab sifat sulfur yang panas boleh merosakkan kulit yang tersentuhnya.

8 Cara Hilangkan Kutu Beras Dengan Pantas Dan Berkesan

8 Cara Hilangkan Kutu Beras Dengan Pantas Dan Berkesan




“Rasanya baru lagi beli beras ni minggu lepas. Tengok-tengok dah jadi tempat sarang kutu. ‘Tension’nya! Macam mana cara hilangkan kutu beras ni? Kalau beranak-pinak nanti habislah membazir kena buang beras aku ni.”

Kutu beras, bubuk atau ‘grain weevil’ ini memang selalu kita jumpa dalam beras atau tepung, terutamanya yang dah disimpan lama. Walaupun kecil, serangga ini boleh mengunyah plastik dan juga kertas dengan mudah. Maka, tidak hairanlah ia boleh berada dalam pek beras atau tepung yang baru kita beli di pasaraya.

Jika dibiarkan kutu ini ‘bersarang’ dalam bekas atau plastik simpanan beras, ia boleh mengurangkan serta merosakkan kualiti beras. Maka dengan itu, kita perlulah mengusirnya seawal mungkin apabila ternampak ‘kelibat’ kutu beras ini.

8 CARA HILANGKAN KUTU BERAS DENGAN PANTAS DAN BERKESAN

Berikut adalah 8 cara hilangkan kutu beras yang boleh anda lakukan di rumah.

1. DAUN LIMAU PURUT
Daun limau purut mengeluarkan aroma yang kuat dan sekaligus menyahkan bau hapak pada beras. Walaupun ia wangi untuk kita, kutu beras amat tidak selesa dengannya.
Untuk kesan yang lebih efektif, masukkan daun ini di bahagian atas, tengah dan bawah bekas simpanan beras supaya kutu beras dapat diusir dengan cepat!

2. ASAM KEPING
Satu lagi bahan yang tidak digemari oleh kutu beras adalah asam keping / asam gelugur kering. Caranya mudah, cuma letakkan beberapa asam keping dalam bekas beras yang bertutup dan ia sudah cukup membuat kutu beras berasa tidak nyaman.
Selain itu, boleh juga menggunakan daun asam jawa dengan cara yang sama.

3. DAUN PANDAN
Daun pandan adalah juga adalah antara herba yang mengeluarkan aroma yang kuat dan tidak digemari oleh kutu beras. Selain itu, ia dapat mewangikan beras anda.
Anda juga boleh meletakkan ‘bay leaves’ atau daun salam. Tapi, pastikan daun ini kering sebelum dimasukkan ke dalam bekas.

4. CILI KERING
Antara cara hilangkan kutu beras yang paling selalu dipraktikkan adalah dengan menggunakan cili kering. Caranya, potong cili kering kepada 2 dan letakkan dalam beras anda.
Rasa pedas dan panas ini tentunya akan menjadikan kutu beras tidak selesa. Namun, pastikan anda menggantikan cili kering ini apabila baunya semakin menghilang.

5. KULIT KAYU MANIS
Caranya mudah, masukkan saja beberapa kulit kayu manis ke dalam beras. Aromanya yang kuat tidak akan menjejaskan rasa beras, malah turut mewangikan lagi beras anda.

6. JEMUR BAWAH MATAHARI
Jika anda mendapati terlalu banyak kutu beras dalam beras tersebut, anda boleh cuba cara ini.
Mula-mula, letakkan cili kering dan jemurkan beras di bawah matahari terik. Kutu beras akan berpusu-pusu keluar dari beras. Lebih elok kalau diletakkan semua beras atas dalam dulang yang leper.
Kemudian, setelah beberapa minit, gembur-gemburkan beras supaya kutu beras tidak boleh bersembunyi di balik timbunan beras.

7. GUNAKAN KAIN LEMBAP
Salah satu cara hilangkan kutu beras ini juga adalah dengan menggunakan kain lembap untuk menutupi beras. Anda akan mendapati kutu-kutu akan datang dan menempel pada kain basah tadi kerana kutu sukakan tempat yang sejuk. Apabila hampir penuh, buangkan kutu tersebut dan ulangi lagi hingga tiada lagi ‘kelibat’ kutu beras.
Anda juga boleh meletakkan kain lembap ini ketika menjemur beras dengan teknik (6) di atas.

8. MASUKKAN BERAS DALAM ‘FREEZER’
Kadangkala ada yang stres kerana kutu beras masih kembali walaupun telah ‘hilang’ buat seketika. Barangkali ada lagi telur kutu yang masih ada di dalam bekas beras tersebut.
Untuk memastikan kesemuanya mati, anda boleh simpankan beras di dalam peti ais bahagian ‘freezer’ selama 3 hari. Kemudian, bolehlah keluarkan dan simpan macam biasa.
Dengan cara ini, telur takkan menetas dan kutu beras pun akan mati. Selain itu, kutu beras juga akan senang timbul apabila beras dicuci nanti.

SIMPAN BERAS DENGAN BETUL
Pastikan anda mempraktikkan cara penyimpanan beras dengan betul untuk mengelakkan ancaman bubuk atau kutu beras ini. Bagi yang alah, gigitannya boleh menyebabkan masalah kulit hingga berminggu-minggu lamanya.
Kalau tak selalu memasak, beli pek kecil saja. Atau, anda boleh pek semula dalam pek-pek kecil dan simpankan beras dalam ‘freezer’. Bila nak digunakan, barulah keluarkan mengikut kuantiti yang diperlukan. Mudah bukan?

6 RAHSIA MERAHKAN BIBIR YANG GELAP DALAM SATU MINGGU


Cemburunya tengok Eisya tu, merah sungguh bibirnya walaupun tanpa ‘make-up’. Tak tahulah apa petua merahkan bibir yang dipakainya. Kalau tanya orang dulu-dulu, mesti tahu rahsianya.”

Siapa tak mahu bibir yang merah bak delima, kan? Mesti senang, tak payah susah-susah nak kenakan gincu lagi. Calitkan sedikit dengan‘lipgloss’ saja sudah memadai.

KENAPA BIBIR MENJADI GELAP DAN KUSAM?

Sebenarnya, warna bibir boleh menjadi gelap atau tidak cantik akibat beberapa sebab seperti kesan pancaran matahari belebihan, reaksi terhadap alahan tertentu, penggunaan kosmetik yang kurang berkualiti, kesan merokok, pengambilan kafein keterlaluan, atau mungkin alasan semulajadi seperti ketidakseimbangan hormon.

Dengan mengamalkan beberapa petua merahkan bibir di bawah, anda tentu akan dapat melihat kesannya dalam masa yang singkat, bergantung kepada cara aplikasi dan penerimaan kulit anda.

6 RAHSIA MERAHKAN BIBIR YANG GELAP DALAM SATU MINGGU

1. CAMPURAN LEMON DAN MADU
Lemon dan madu dikatakan dapat memberi khasiat yang meremajakan kulit. Mana tidaknya, lemon kaya dengan vitamin C manakala madu pula mengandungi khasiat anti-bakteria dan anti-penuaan.
Biarkan semalaman untuk mendapatkan kesan yang lebih ketara dalam masa seminggu.
Tiada gliserin? Tiada masalah. Anda boleh menggantikannya dengan gula kasar – ianya juga cukup berkesan!

2. GOSOK BIBIR DENGAN BERUS GIGI
Pernahkah anda dengar petua ini? Selain menggunakan ubat gigi untuk gigi dan lidah, ubat gigi juga boleh diletakkan pada bibir seperti skrub.
Sebelum menggosok gigi, oleskan sedikit pada bibir anda. Gunakan berus gigi untuk membersihkan bibir anda sewaktu membilasnya selepas 3-4 minit.
Proses ini akan membuang sel-sel mati dan menggalakkan pembinaan kolagen, menjadikan hasil bibir lebih muda remaja.

3. GULA
Tahukah anda, sebenarnya gula merupakan bahan utama dalam pembuatan skrub bibir yang berada di pasaran.
Anda boleh buat sendiri skrub bibir di rumah menggunakan gula kasar dengan mencampurkannya dengan jeli petroleum atau‘vaseline’ yang biasa terdapat di pasaran. Bahannya sangat mudah, seperti sukatan di bawah:
1/2 cawan gula (jangan risau, bukannya kita makan gula ini ya!)2ml jeli petroleum (‘vaseline’)
Kalau tak ada ‘vaseline’ bolehlah diganti dengan air suam. Campurkan bahan hingga sebati dan sapukan pada bibir dalam gerakan membulat selama 3-4 minit. Bilaskan apabila ia kering.

4. ‘LIP GLOSS’ BUAH-BUAHAN SEGAR
Buat sendiri ‘lip gloss’ atau balm dengan menggunakan buah-buahan merah semula jadi seperti strawberi, delima, buah naga, atau beri merah.
Lenyek atau kisarkan bahan-bahan ini dan tambahkan sedikit madu (sekiranya ada) dan oleskan pes ini pada bibir. Bilaskannya apabila ia mengering. Lakukan sekerap mungkin, sekurang-kurangnya 3 kali sehari.
Buah-buahan ini bukan saja memberi kelembapan bibir, ia juga membantu mengembalikan nutrisi serta menyerlahkan kemerahan bibir.

4. ‘BEETROOT’
Ubi bit atau ‘beetroot’ adalah salah satu makanan yang berwarna merah semulajadi. Ia mempunyai ciri pencerah semulajadi yang boleh membantu mencerahkan warna bibir yang gelap.
Juskan ubi ini sebelum masuk tidur dan oleskan pada bibir anda. Warna merah pada jusnya ini akan meresap pada bibir dan menjadikan bibir anda merah bak delima pada keesokan paginya!
Anda juga boleh mencampurkan jus ubi bit dengan jus lobak merah untuk khasiat yang tak kurang hebatnya. Urutkan pada bibir anda selama lebih kurang 10 minit sebelum membilasnya dengan air suam.
Lakukan langkah ini sekurang-kurangnya sekali setiap hari.

5. BANYAKKAN MINUM AIR KOSONG
Selain melakukan petua di atas, pastikan anda meminum banyak air kosong untuk membantu penghidratan dan pengedaran darah. Kedua-dua proses ini adalah kunci kepada petua merahkan bibir secara semulajadi.

6. MINYAK ZAITUN
Selain itu, gunakan minyak zaitun atau minyak kelapa sebagai pengganti kepada gincu anda buat sementara waktu.
Kedua-dua minyak ini mempunyai banyak khasiat dan dapat menjauhkan bibir anda daripada bahan kimia buat sementara waktu.


BIBIR MUNGIL BERSERI DALAM SATU MINGGU!
Amalkan langkah-langkah semulajadi ini dengan konsisten untuk mendapatkan keputusan yang memberangsangkan.
Anda juga digalakkan agar mengamalkan pemakanan serta langkah hidup sihat seperti bersenam kerana kesihatan tubuh badan amat berkait rapat dengan fizikal setiap manusia.

Gempak Info


CARA KURUSKAN BADAN LELAKI VS PEREMPUAN


CARA KURUSKAN BADAN

Biasanya, banyak tips hanya menjurus kepada, bagaimana untuk kuruskan badan sahaja. Banyak tips kuruskan badan secara semulajadi yang kita baca, namun semunya kita abaikan. Jarang kita lihat ada yang memberi tips untuk kuruskan peha, lengan dan pipi. Tentu anda terfikir, kenapa spesifik kepada peha, lengan dan pipi? Bukan mudah untuk kekal cantik dan langsing.

Ini kerana anggota inilah yang menjadi kegusaran pada wanita. Sekarang, cuba pegang lengan anda. Besar tak? Sekarang, pandang bawah. Lihat paha anda pula, rasa besar tak? Jika sudah, belek cermin pula, ada nampak dagu berlapis (double chin) atau tidak? Kebiasaannya, bila dagu berlapis, pipi mesti tembam juga.

LELAKI VS PEREMPUAN

Kalau lelaki, beratnya lebih terarah pada bahagian perut. Sebaliknya, lemak perempuan akan terkumpul di bahagian paha dan lengan. Anda tahu paha anda besar jika seluar ‘jeans’ yang dipakai tampak haus di bahagian kelengkang. Ini kerana bahagian paha bergesel sesama sendiri.

Entri kali ini tidak akan memberikan tips yang spesifik untuk setiap anggota tersebut. Ia lebih kepada kombinasi atau gabungan cara untuk kurus secara keseluruhannya.
Perlu diingat, tiada produk kesihatan seperti Shaklee, Herbalife dan lain-lain yang diperlukan. Cuma sedikit masa yang keinginan yang kuat. Mari ikuti tips kuruskan badan secara semulajadi ini.

Selepas anda buat keputusan untuk kurus, lakukannya dengan bersungguh-sungguh. Kalau hari ini kata nak kurus, hari ini juga lakukannya. Bukannya esok, lusa atau minggu depan. Biasanya, selepas bulan Ramadan, “Ahh, mana boleh tak makan lauk raya. Lepas raya lah aku diet”. Nampaknya, jika anda salah seorang yang berfikiran sebegini, tidak akan kurus sampai bila-bila. Lebih baik, letak matlamat untuk kekal sihat.

Tahukah anda, kalori lebih banyak terbakar semasa anda tidur? Sebenarnya, nak kurus mudah sahaja. Ambil kalori yang diperlukan sahaja untuk setiap hari. Jika anda perlukan 1300 kcal sehari, jangan makan 2500 kcal untuk hari itu.

Kalau kurang daripada 1000 kcal, anda akan jadi lapar dan tidak bertenaga. Cuba ambil dalam julat 1000 – 1300 kcal. Ini sekadar contoh, setiap orang lain keperluan kalorinya. Cuba Google untuk maklumat lanjut.

ELAKKAN MAKAN WAKTU MALAM
Roti canai memang sedap. Tapi kalau nak kurus, masih lagi bernafsu nak makan?
Pernah tengok bila waktu keluarga Cina makan malam? Biasanya, kalau selalu ke pusat membeli belah, mereka akan penuhi tempat makan seawal jam 6.30 petang. Sebenarnya, ini ialah waktu yang cukup ideal. Seeloknya, makan sebelum/selepas Maghrib. Ini kerana badan kita memerlukan 4 jam untuk menghadamkan makanan. Bayangkan makan pukul 10 malam, anda kena berjaga sehingga pukul 2 pagi. Kalau terus tidur pukul 12 malam, alamatnya jadi lemak.

ELAKKAN MAKANAN DAN MINUMAN BERGULA
Ini bukan untuk orang tua yang ada kencing manis atau ‘diabetes‘ sahaja. Ia penting untuk semua peringkat umur. Jauhkanlah minuman bersoda seperti Coke, Pepsi, F&N dan lain-lain. Minum air masak itu lebih baik. Air masak tak sedap? Cubalah minum air bergula, nescaya tidak akan kurus sampai bila-bila. Tabiat ini semestinya dibuang.

TUKAR KEPADA MAKANAN YANG RENDAH LEMAK
Katakan tidak pada teh tarik dan nasi lemak bungkus
Kalau pergi Giant atau Tesco, pernah tengok apa kandungan makanan tersebut pada bungkusan? Kalau anda seorang yang teliti, anda akan menyedari berapa banyak kalori atau lemak. Berbalik pada ilmu, pelajari tentang pengambilan kalori. Sama juga dengan pengambilan lemak. Tentu selepas ini anda akan lebih berjaga-jaga. Biasa makan nasi penuh atau nasi separuh?

BANYAKKAN MAKAN BUAH
Kalau bosan dengan epal dan anggur, makan pisang dan tembikai susu
Malaysia sungguh bertuah kerana berada di iklim Khatulistiwa. Terlalu banyak buah-buahan yang berkhasiat. Buah-buah tropikal ini sangat mahal di negara asing. Hargai khazanah negara kita. Cara kuruskan badan yang efektif ialah dengan makan buah-buahan tempatan. Bukan epal atau blueberry sahaja, buah-buahan seperti pisang terlalu banyak khasiat. Selain nutrien, buah-buahan membekalkan vitamin dan anti-oksidan untuk badan kita agar kekal sihat.

BANYAKKAN MINUM AIR MASAK (BUKAN AIR BERGULA)
Banyakkan minum air masak (bukan air bergula)
Malu nak bawa botol air besar ke pejabat? Takut orang ejek? Kalau malu, sampai bila tidak akan kurus. Ini kerana badan memerlukan banyak air. Air ialah sumber semulajadi yang penting untuk kurus. Setidak-tidaknya, minum 8 gelas air sehari.
Toksin dalam badan menyebabkan lemak sukar dibuang. Jadi untuk membuang toksin keluar melalui air kencing, minum sahaja air masak. Mudah dan murah cara kuruskan badan dengan minum air bukan?

BANYAKKAN BERJALAN (DAN BERJOGGING)
Seronok bila beriadah bersama keluarga
Tidak pergi gym pun tidak mengapa. Yang penting kena selalu bergerak. Kalau selalu berjogging, bagus juga. Sesekali, kalau asyik naik lif sahaja, apa salahnya naik tangga? Lebih menyihatkan badan, peluh pun keluar. Sebaik-baiknya, buat senaman 30-40 minit. Ia dapat membantu memperbaiki peredaran darah, buang lemak dan menaikkan stamina. Kalau sebelum ini asyik tercungap-cungap, mulakan dengan senaman ringan. Nescaya, badan akan jadi lebih ringan.
Bila tiba hujung minggu, ajak satu keluarga bersama-sama berjogging di taman tasik terdekat. Keluarga lebih akrab, peluh pun keluar!.

BERI 100% KOMITMEN PADA TUJUAN ASAL ‘NAK KURUS’
Bila malas, jangan sampai jadi begini lagi
Ingat lagi tips yang pertama, iaitu set minda? Tidak guna selepas set minda untuk kurus, anda abaikan sahaja kerana rasa malas. Pokoknya, kena konsisten atau ‘istiqamah‘ dalam melakukan sesuatu untuk kebaikan diri sendiri.
Memandangkan ini cara kuruskan badan yang terakhir, harus diingatkan bahawa tidak guna kalau ‘exercise‘ seminggu, selepas itu kembali malas dan duduk-duduk sahaja selama sebulan. Tidak guna kalau diet seminggu, selepas itu melantak coklat sampai 3-4 bar. Tepuk dada, tanya nafsu.

AKHIR KATA

Tidak perlu apa-apa produk bukan? Semuanya bergantung kepada disiplin diri sendiri. Kalau bukan diri kita yang mendisplinkan diri sendiri, siapa lagi?


Bayarlah RM10,000 sebulan pada Personal Trainer di gym anda, kalau minda tidak fokus pada kuruskan badan, sukar untuk anda mencapai impian berat badan idaman. Usah percaya pil atau ubat untuk cepat kurus. Jangan cuba-cuba makan pil kurus seperti Amphetamine kerana ia membahayakan kesihatan.

Ekzema adalah penyakit kulit yang sering dialami oleh kanak-kanak yang berusia 5 tahun ke bawah.


Ekzema adalah penyakit kulit yang sering dialami oleh kanak-kanak yang berusia 5 tahun dan ke bawah. Ekzema juga dikenali sebagai atopic dermatitis. Keadaan radang pada kulit dan ditambah pula dengan bengkak, gatal dan ruam merah yang kelihatan seperti kulit melecur yang berair.

Antara punca kanak-kanak dijangkiti penyakit ekzema ini kerana keturunan dan diwarisi turun-temurun. Kedua, ia juga boleh terjadi kerana kulit yang kering, gatal dan sensitif pada kepanasan. Selain itu, Selain itu, alahan juga berpunca daripada bahan makanan yang boleh menyebabkan kulit menjadi gatal dan kemerahan.

Sebagai ibu bapa, seharusnya sentiasa peka dengan tahap kesihatan anak-anak terutama sekali yang melibatkan alahan kulit sebelum melarat menjadi lebih teruk. Berdasarkan laporan Kementerian Kesiahatan Malaysia, antara tanda-tanda anak anda dijangkiti penyakit ekzema ialah tompok-tompok yang gatal, kekeringan kulit pada tangan leher dan muka serta bengkak kecil yang berair.

Jika anak anda mengalami tanda-tanda berikut, segera untuk membawa anak anda berjumpa dengan doctor atau pakar sakit kulit untuk mendapatkan nasihat serta rawatan yang sewajarnya. Antara rawatan yang akan disyorkan oleh doktor ialah memberikan anak anda ubat pencegah gatal seperti antihistamin atau menggunakan Zrim Steroid bagi kes-kes yang teruk.

Bagaimana pula anda sebagai ibu bapa untuk membantu melegakan kegatalan serta ruam yang dialami oleh anak anda? Pertama, Letakkan anak di bilik yang selesa dan nyaman. Kemudian, elakkan anak anda mandi air bersuhu panas atau suam. Seterusnya, elakkan memakai baju yang berlapis dan akhir sekali pastikan anak anda menggunakan produk Cetaphil Restoraderm Skin Restoring Body Wash dan Body Lotion.

Produk ini mampu melegakan ruam pada kulit dan mengembalikan kelembapan pada kulit anak anda serta melegakan rasa gatal yang mereka alami. Cetaphil Restoradermyang diformulasikan dengan teknologi Filaggrin dan dipercayai oleh pakar-pakar dermatologist ini adalah produk penjagaan kulit yang sesuai untuk anak anda.

Fillagrin adalah protin yang sangat penting untuk hidrasi kulit serta pelindung kulit. Kulit yang kering dan gatal besar kemungkinan kurangnya Fillagrin di dalam kulit. Teknologi Filaggrin ini juga terbukti berkesan sebagai langkah penjagaan kulit untuk membantu mengembalikan kelembapan kulit semulajadi  dan membina semula lapisan kulit yang lebih sihat.

Cetaphil Restoraderm Skin Restoring Body Wash dan juga Body Lotion ini juga bukan sahaja sesuai untuk kanak-kanak malah boleh digunakan seisi keluarga bagi memastikan anda sekeluarga menerima protin serta khasiat yang cukup untuk mengekalkan kesihatan kulit. Produk ini sangat mudah untuk didapati kerana anda boleh sahaja dapatkannya di farmasi-farmasi yang berdaftar berdekatan dengan anda serta harga yang sangat berbaloi dengan kualiti yang ada pada setiap produk Cetaphil.

Penyakit Kuku


Kebersihan diri adalah satu perkara yang sentiasa perlu diberi keutamaan oleh sesiapa pun. Tambah-tambah lagi, dalam dunia yang penuh mencabar hari ini, kita amat bergantung kepada tubuh badan yang sihat. Paling penting untuk mencari duit setiap hari kan.

Bila sebuat tentang kebersihan diri dan tubuh banda yang sihat, ia termasuklah kebersihan dan kesihatan luar dan dalam. Luar seperti penjagaan rambut, muka, kulit badan dan kuku. Dalam pula tentulah kita tidak mahu dijangkiti penyakit yang berbahaya kan. Mcam sakit jantung dan lain-lain lagi penyakit berbahaya.

Kali ini Dr. Abdul Rahim nak berkongsi dengan anda mengenai penjagaan kuku supaya anda tidak menjadi mangsa penyakit kuku seperti gambar-gambar yang dikongskikan oleh beliau.

Jom baca perkongsian beliau di bawah, semoga bermanfaat.

ILMU PENYAKIT KUKU. Artikel 810.

“Pernah ke anda alami Jangkitan Kulat Kuku (Onychomycosis)? Rawat cepat kerana cepat melarat!!”

Cuba check kuku kaki tangan anda. Cantik tak? Atau hihihi.. Huduh ke? Berkulat ke? Atau out of shape?

A. Jangkitan kulat kuku jari/kaki ni menjadikan Kuku anda lebih kuning ke perang dan kehitaman, menebal, rapuh dan pecah, berigi dan struktur normal kuku terbantut. Huduh rupa kuku anda tu…hihihi. Ada seperti sisa/habuk dibawah kuku tersebut lalu kuku terpisah dari kulit jari / kaki.

2. Doc nak habaq kepada uoll yang Kulat menjangkiti kuku anda disebabkan oleh:

a. Bila ada luka pada kuku.

b. Pakai kasut yang ketat, kuku panas berkuap, lembab dan berpeluh.

c. Jari kaki/tangan berpeluh (pakai kasut/stoking dlm masa yg panjang. Kaki kurang Ventilation/ Kurang udara).

d. Kaki tangan yang sentiasa BASAH/LEMBAB menjalankan tugas dengan air/ kimia.

e. Immuniti anda rendah. Orang kencing manis kerap kena. Waspada tau!

f. Kuku kurang zat seimbang.

3. Peringatan:

Tau dak Allah ciptakan tissue kuku kita daripada sejenis protein yang kuat. KERATIN namanya. Tapi kulat kuku ni boleh ROSAKAN kuku anda.

Kulat kuku ni mudah berjangkit dari kuku ke kuku lain dengan cepat kalau tak diubati segera leh menyebabkan kuku terlekang daripada isi atau kerosakan kekal pada kuku anda. Kuku anda TAK COMEI le.

Rawatan.

1. Jangan simpan kuku panjang. Jaga kebersihan kuku.

2. Make sure jari kaki tangan kering bersih jika dibasahi air.

3. Kasut pastikan bersih dan stoking rajin-rajin le tukar. Jangan BUSUK HAPAK bau peluh kaki.

4. Pakai kasut yang ada edaran udara. Guna glove tangan kalau kerja dengan air/ kimia.

5. Makan ubat antifungus atau guna krim atau lotion fungus kuku amat terbaik.

6. Kalau kuku anda ROSAK TERUK, hihihi doc CABUT TERUS je, hihihi. KEJAMnya doc ni, hihihi. Kuku baru yang cantik tumbuh kembali.

JAGA KECANTIKAN DAN KESIHATAN kuku anda ya!!

4 Petua Turun Temurun Untuk Dapatkan Rahim Dan Faraj Yang Sihat


4 Petua Turun Temurun Untuk Dapatkan Rahim Dan Faraj Yang Sihat

1. Mandi serum
Bersamaan dengan mandi herba. Biasanya mandian ini dilakukan oleh wanita dalam pantang. Tapi bagi yang bukan dalam pantang pun digalakkan untuk buat.

Daun-daun yang terpilih akan dikutip dan direbus untuk dibuat mandian. Antara daunnya adalah:



– Daun pandan
– Daun limau purut
– Daun serai wangi
– Daun mengkudu
– Daun kunyit

Selain bertujuan untuk buang angin khasiat dari rebusan daun tersebut mampu melancarkan perjalanan darah serta memberi khasiat pada kulit. Mandi serum paling mudah yang boleh dilakukan adalah dari bahan dapur anda sendiri iaitu halia, halba, kunyit dan pandan. Nak tau best atau tak cuba dan rasakannya sendiri. Ala-ala spa tradisional gitu.

2. Bertangas
Ni tak ramai juga yang amalkan. Mungkin merasakan aktiviti tangas ni agak leceh. Sebenarnya senang, wapkan saja faraj anda dengan wap dari bahan tangas selama 20-30min.

Tangas ada dua. Tangas kering dan tangas basah. Tangas basah sesuai bagi yang mengalami masalah faraj kering dan sesuai juga bagi wanita yang pre monopos. Caranya adalah dengan merebus herba tangas dan wap rebusan di halakan pada faraj.

Tangas kering. Perlu ada batu tungku. Herba tangas yang dihancurkan diletakkan di atas batu tungku yang telah dipanaskan lalu wap dari batu tungku itu perlu di halakan pada faraj.
Jangan tak tahu. Ini adalah amalan orang dulu-dulu untuk mendapatkan keadaan faraj yang bersifat ummphh. Segala mak nenek toksin akan keluar dari faraj kita melalui peluh yang keluar ketika proses bertangas.

Bahan paling mudah untuk tangas basah adalah sirih+manjakani. Tangas kering pula manjakani+kunyit+halia+ halba+perahan limau.

3. Rendaman faraj
Maksudnya faraj perlu direndam dalam air rebusan herba. Antara bahannya adalah garam bukit+sirih+ manjakani. Tunggu air tu suam. Jangan direndam pula faraj tu masa air tengah berasap. Rendaman faraj dan tangas ini sesuai bagi wanita yang inginkan kebebasan dari masalah keputihan serta boleh merawat masalah buasir. Untuk mendapatkan aset yang bagus digalakkan untuk melakukan kedua aktiviti ini.

4. Meruang
Bagi saya ini kalau tak buat memang menempah masalah. Umpama longkang yang tak dibersihkan. Akan tersumbat. Begitu jugalah keadaan dalam lubang faraj kita yang tak pernah meruang. Sisa air mani dan sisa haid/keputihan akan menempel di dinding faraj. Lama-lama timbullah lendir yang berbau dan menyebabkan kegatalan. Meruang ni adalah aktiviti membersihkan lubang faraj menggunakan jari telunjuk yang bersih dan berkuku tumpul.

Banyak kebaikkan dari meruang ni. Nak tahu rahim jatuh atau tak meruanglah. Nak tahu faraj grip atau tak meruanglah. Nak tahu dah boleh mandi wajib ke belum, meruang juga lah.

Rasa- rasa semua cara di atas perlukan pelaburan wang yang banyak atau tak? Ini sebenarnya adalah antara cara untuk mendapatkan keadaan faraj dan rahim yang sihat secara luaran. InsyaAllah.

Tsunami Gunakan Pesanan Ringkas (SMS)

Gambar Sekadar Hiasan

Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim akan membangunkan sistem khas yang akan berfungsi memberi maklumat awal berkenaan kejadian Tsunami menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS), kata Menterinya Yeo Bee Yin.

Beliau berkata sistem amaran itu antara lain akan menyalurkan maklumat berkenaan kejadian Tsunami kepada orang awam menerusi SMS mengikut lokasi risiko.

Yeo berkata pewujudan sistem amaran Tsunami menerusi SMS itu merupakan pelan tindakan yang akan dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Meteorologi Malaysia bagi memudahkan semua pihak termasuk pelancong asing mengetahui maklumat berkenaan bencana alam tersebut.

“Saya juga mencadangkan Jabatan Meteorologi untuk mengkaji bagaimana sistem amaran Tsunami menerusi SMS itu dapat diperluaskan. Buat masa ini, kita memerlukan sistem amaran SMS bagi Tsunami dahulu dan selepas itu sistem amaran bagi bencana lain.

“Sistem amaran SMS ini akan menghantar terus amaran Tsunami ke setiap (telefon) orang awam berdasarkan lokasi berisiko dilanda bencana,” katanya dalam sidang media di sini hari ini (semalam).

Terdahulu Yeo dan timbalannya Isnaraissah Munirah Majilis mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dalam rangka lawatan kerja kementeriannya ke Sabah.

Sementara itu, Yeo berkata, kementeriannya mahu jabatan berkaitan menjalankan latihan kecemasan secara berkala menggunakan sistem siren amaran Tsunami dipasang di 56 lokasi di seluruh negara yang dikenal pasti berisiko berlaku bencana alam itu.

Menurutnya, langkah itu perlu bagi meningkatkan kesedaran, kefahaman serta pengetahuan orang awam mengenai fungsi sistem amaran SMS dan bunyi siren dalam memberi maklumat awal berkenaan bencana alam tersebut.

“Sekarang ini, kesemua 56 siren itu telah diperiksa dan ia berfungsi dengan baik, bagaimanapun, rakyat masih tidak mengetahui fungsi siren itu apabila ia dibunyikan dan sebab itu latihan kecemasan perlu dilaksanakan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Yeo berkata, kementeriannya akan mewujudkan satu jawatankuasa khas bagi merangka pelan tindakan untuk meneliti secara terperinci seterusnya menyelesaikan isu kejadian tanah runtuh di Cameron Highlands, Pahang.

Bagaimanapun, jawatakuasa khas itu masih diperingkat perbincangan dan akan diumumkan kelak, katanya ketika diminta mengulas laporan penerokaan tanah di Cameron Highland yang semakin parah dan berada pada tahap membimbangkan.

7 TIPS KEJUTKAN BAYI AGAR LEBIH KERAP MENYUSU & BEBAS JAUNDIS

“Lain macam betul si Raqeeb ni tidur. Doktor pesan suruh kejut 1-2 jam sekali untuk menyusu, tapi susahnya nak bangunkan dia. Dahlah bacaan kuning makin naik masa check semalam. Aduh risaulah….”

Jaundis atau demam kuning biasa berlaku pada bayi baru lahir. Walaupun kebanyakannya tidak serius, namun ia tentu sekali boleh membuat ibu risau.

Selagi kadar bilirubin dalam darah masih terkawal, selalunya doktor akan suruh ibu-ibu pantau keadaan anak di rumah. Bilirubin inilah yang menyebabkan kuning dan ia dihasilkan daripada pemecahan sel darah merah. Ia kemudian diproses di dalam hati sebelum dikeluarkan melalui najis.

Berapa Kerap Bayi Baru Lahir Patut Menyusu

Bayi baru lahir biasanya akan menyusu sekerap 1-2 jam sekali.

Oleh kerana cara menyingkirkan bilirubin ini adalah melalui najis, jadi doktor akan pesan supaya anak kerap menyusu agar dia juga cepat ‘membuang’ dan cepat sihat.

Tapi masalahnya, bayi jaundis ini memang asyik mengantuk dan susah betul nak disusukan. Kadang-kadang ada yang menyusu baru seminit dua, dah tertidur semula!

7 TIPS KEJUTKAN BAYI AGAR LEBIH KERAP MENYUSU & BEBAS JAUNDIS

Selalunya bayi normal akan mudah terjaga walaupun dengan hanya sedikit pergerakan dan bunyi. Berbeza dengan bayi jaundis, mereka amat sukar terjaga walaupun diletakkan di ruang yang bising.

Jadi, anda boleh cuba beberapa tips ini untuk mengejutkan bayi yang tidur agar lebih kerap menyusu.

1. SENTUHAN

Cara pertama yang ibu boleh cuba adalah dengan mengenakan sentuhan lembut pada kulit bayi.

Gosok atau geletek lembut badannya, belakang, atau kaki dan tangannya. Dukung bayi dalam posisi menegak supaya bayi lebih mudah tersedar.

 
2. SUARA

Kalau digerak-gerakkan pun masih tak bangun, ibu cubalah pujuk bayi dengan bercakap dengannya. Bisikkan ke telinga bayi dan cakap dengan lembut supaya bayi bangun untuk menyusu.

Walaupun bayi mungkin belum faham, tapi suara ibu amat kuat auranya dan mungkin berhasil mengejutkan bayi daripada tidur.
 

3. BUKA BAJUNYA

Salah satu tips yang berkesan adalah dengan membuka pakaian bayi hingga tinggal lampinnya saja. Perubahan suhu berpotensi mengejutkan bayi yang sedang tidur. Sentuhan terus ke kulit atau skin-to-skin contact juga mungkin lebih berkesan untuk mengejutkan bayi yang sedang mengantuk.

Tapi pastikan bayi tak dibiarkan berlama-lama dalam keadaan sejuk ya!


4. LAP MUKA

Basahkan sekeping tuala muka atau sapu tangan dan sapukannya ke muka bayi dengan perlahan.

 
5. TUKAR LAMPIN /  MANDI

Pergerakan menukar lampin biasanya boleh membuat bayi terjaga. Kalau masih tak bangun juga, bolehlah bawa bayi terus mandi.

Perubahan suhu ini mungkin akan membuat bayi bangun seketika. Bila bayi dah bangun, cepat-cepat bawa bayi masuk untuk disusukan.

 
6. TITISKAN SUSU PADA MULUT BAYI

Setiap bayi dikurniakan dengan rooting reflex,iaitu refleks mencari puting susu apabila disuakan kepadanya. Tapi kalau bayi terlalu mengantuk, ibu mungkin boleh membantunya minum dengan menitiskan beberapa titisan susu pada mulutnya ketika sedang tidur lena.

Bau dan rasa susu ini dapat merangsang bayi untuk terus menyusu.


7. BAWA KE TEMPAT YANG KURANG PENCAHAYAAN

Bayi baru lahir sebenarnya amat sensitif terhadap cahaya. Apabila cahaya terlalu terang, bayi lebih suka menutup mata untuk membuat mereka lebih selesa.

Jadi, cuba elakkan meletak bayi di tempat yang terlalu terang sama ada pada waktu siang mahupun malam.

 IBU JANGAN TERLALU STRES

Memang kasihan bila tengok bayi asyik mengantuk dan tidak aktif akibat jaundis. Tapi ibu jangan terlalu stres ya. Fokus terhadap pengambilan makanan berkhasiat agar ibu juga dapat tenaga untuk kembali sihat.

Jika bacaan kuning bayi tidak menurun, ibu akan diarahkan untuk kerap membawa bayi membuat ujian darah bagi memeriksa tahap bilirubinnya. Pantau juga bilangan lampin basahnya agar ibu dapat memastikan bayi minum dengan cukup.

Sesetengah bayi mungkin akan memerlukan rawatan tambahan iaitu fototerapi. Namun ibu jangan risau dan paling penting jangan beri bayi makan apa-apa kerana mengikut petua. Usus bayi baru lahir masih belum matang untuk mencernakan sebarang makanan selain susu ibu. Jadi, seeloknya kemukakan sebarang kemusykilan terus kepada doktor. Insha Allah semuanya akan baik-baik saja dalam sedikit masa lagi.

Bayi yang menyerupai wajah ayah mereka mempunyai satu kelebihan yang unik

Percaya atau tidak, bayi yang menyerupai wajah ayah mereka mempunyai satu kelebihan yang unik – berdasarkan sebuah kajian yang diterbitkan melalui  Journal of Health Economics baru-baru ini.
 
Gambar Sekadar Hiasan
KAJIAN: BAYI YANG SEIRAS WAJAH AYAH DIDAPATI LEBIH SIHAT

Sekumpulan pengkaji daripada Binghamton University dan Southern Illinois University telah memfokuskan kajian mereka terhadap 715 buah keluarga yang bermasalah, hampir berpisah, telah bercerai, atau tidak pernah berkahwin – di mana bayi tersebut tinggal bersama ibu masing-masing.

Hasilnya mendapati bahawa bayi yang lebih menyerupai ayah mereka adalah lebih sihat apabila mereka mencapai usia 1 tahun. Tahap kesihatan ini diukur daripada pelbagai aspek, termasuklah penyakit yang dihidapi, berapa kali masuk hospital, dan sebagainya.

Walaupun ia kedengaran seperti tak masuk akal, namun alasannya mungkin tidak begitu mengejutkan anda.

AYAH LEBIH CENDERUNG MELUANGKAN MASA DENGAN BAYI YANG MENYERUPAI WAJAH MEREKA

Dalam kajian tersebut, bayi yang seiras wajah ayah dikatakan lebih sihat kerana ayah lebih banyak meluangkan masa dengan mereka. Data menunjukkan bahawa ayah meluangkan kurang 2.5 hari sebulan jika anak tersebut tidak menyerupai mereka.

Perlu diingat bahawa kajian ini menyasarkan kepentingan peranan bapa dalam sesebuah keluarga yang bermasalah atau mengalami perpisahan. Ia membuktikan bahawa karakter seorang bapa adalah faktor yang penting dalam perkembangan fizikal serta pembentukan sahsiah bayi, terutamanya dalam keluarga yang mengalami penceraian atau ibu ayahnya tidak tinggal bersama. Wajah seiras ini juga mampu meyakinkan para ayah bahawa anak tersebut adalah anak mereka.

Realitinya, kita boleh nampak sendiri bahawa ada kes pasangan yang bermasalah atau telah berpisah, seorang bapa tidak mahu bertanggungjawab atas penjagaan anak kerana tidak yakin bahawa anak tersebut adalah anaknya. Ada yang menuduh yang bukan-bukan terhadap si ibu dan tak mahu menerima kenyataan bahawa anak itu adalah miliknya kerana tidak memiliki ciri fizikal yang serupa dengannya.


PENTINGNYA KESEIMBANGAN PERANAN IBU DAN AYAH DALAM KELUARGA

Beberapa penyelidikan awal turut menguatkan lagi kenyataan ini di mana pengkaji mendapati bahawa golongan ayah mudah tertarik dengan kanak-kanak yang memiliki wajah seiras dengan mereka, dan secara tidak langsung meluangkan lebih banyak masa dengan mereka.

Apapun, dari sini kita dapat simpulkan bahawa pentingnya mewujudkan keseimbangan peranan antara ibu dan ayah terhadap anak-anak, sekalipun sesebuah pasangan telah berpisah ataupun tidak tinggal bersama.

Secara ringkasnya, apabila ibu dan ayah masing-masing berbagi tugas, ia tentunya akan mendatangkan impak yang positif terhadap perkembangan bayi seluruhnya – tak kiralah sama ada anak tersebut berwajah seiras dengan siapa!